Isnin, 16 April 2018

RAKYAT DI N38 PAYA JARAS AKAN BERI KEMENANGAN PADA BARISAN NASIONAL SEBAB !! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal #Negaraku #Malaysia #HebatkanNegaraku #kekalnajib #BN4PayaJaras

Kawasan N38 Paya Jaras kecundang di tangan ADUN PAS pada pilihanraya yang lepas dengan kekalahan sebanyak 5522 undi majoriti yang memihak kepada PAS untuk merampas kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional sebelum itu.

Pada pilihanraya lepas, PAS telah diwakili oleh YB Khairuddin Othman dan Barisan Nasional pula telah diwakili oleh Dato Bushro Mat Johor.


Ada pelbagai versi yang Sangkakala dengar tentang kejatuhan Barisan Nasional di Paya Jaras, ada yang mengatakan penolakan pengundi kepada BN atas faktor calon, ada yang mengatakan rakyat sudah tidak mempercayai Barisan Nasional dan pelbagai lagi versi yang disampaikan.

Namun apa yang terbukti secara jelas ialah, selepas mendapat mandat dalam PRU13, kawasan DUN Paya Jaras tidak mendapat pembelaan sepenuhnya memandangkan YB Khairuddin bukanlah penduduk atau anak tempatan yang senantiasa berada dalam kawasan.

Pembelaan di kawasan DUN Paya Jaras diteruskan oleh YBhg Dato Hj Zein Isma bin Hj Ismail selaku Ketua UMNO Bahagian Subang merangkap koordinator pembangunan persekutuan DUN Paya Jaras.


Pelbagai bentuk pembangunan dan pembelaan dilakukan di Paya Jaras demi keselesaan rakyat Paya Jaras khususnya.

Rata rata penduduk dalam DUN Paya Jaras hari ini merasa selesa dengan kehadiran Dato Hj Zein memandangkan pembelaan demi pembelaan dan pembangunan demi pembangunan dijalankan.

Antara pembelaan dan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional melalui Dato Hj Zein Isma dalam DUN Paya Jaras ialah, projek projek prasarana seperti kemudahan jalan jalan kampung, sistem perparitan dalam kawasan, pembinaan Dewan Orang Ramai, menaik taraf beberapa buah  masjid seperti masjid Matang Pagar yang diluluskan peruntukan sebanyak RM 5 juta, masjid Merbau Sempak yang diluluskan peruntukan sebanyak RM 4.5 juta, Masjid Bukit Rahman Putra yang diluluskan peruntukan sebanyak RM 5.5 juta dan banyak lagi perbelanjaan peruntukan yang disalurkan jika dikira semuanya sepanjang 4 tahun setengah hampir RM 10 juta telah disalurkan.

Semua peruntukan ini telah diperolehi melalui permohonan yang dilakukan oleh YBhg Dato Hj Zein Isma yang membuatkan rakyat di Paya Jaras kini telah membuka mata siapa yang berkhidmat kepada masyarakat.

Itu belum lagi program program bersama rakyat yang dijalankan bertali arus sepanjang beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian dan Koordinator Pembangunan Persekutuan kawasan DUN Paya Jaras.

Ini yang menjadikan rakyat Paya Jaras akan memberikan mandat pemerintahan kepada Barisan Nasional memandangkan segala kemudahan dan keperluan untuk rakyat selama ini dibela oleh Barisan Nasional dan bukannya Pakatan Harapan walaupun mereka menjadi kerajaan selama 10 tahun ini.

Nama YBhg Dato Zein kini telah menjadi buah mulut dikalangan masyarakat disebabkan khimat bakti yang diberikan oleh beliau kepada pembangunan di Paya Jaras dan adalah tidak mustahil jika dipertaruhkan sebagai calon Pilihanraya yang bakal menjelma, Dato Zein mampu untuk merampas kembali kerusi yang dimenangi oleh YB Khairuddin Othman yang kini telah melompat ke PKR semata mata untuk menjadi calon sekali lagi di Paya Jaras.

Tiada ulasan: