Rabu, 18 April 2018

AHLI PARLIMEN SERDANG TAK TAU BEZAKAN PENAUNG DENGAN PENGANJUR @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal #HebatkanNegaraku #Negaraku #Malaysia #KekalNajib #GE14 #PRU14

Agak mengecewakan apabila masih ada wakil rakyat tidak kira mewakili Parlimen atau DUN yang gagal memahami bahasa Melayu dengan baik walaupun Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan bagi Negara Malaysia.

Ini jelas terbukti apabila Ahli Parlimen Serdang, YB Ong Kian Meng dengan tanpa menyelidik makna penaung dan penganjur menuduh Dato Hj Zein Isma sebagai penganjur acara Sg Buloh Night Run yang diadakan pada 10 Februari lepas.

Ini berikutan ada dikalangan peserta tidak menerima hadiah yang dimenangi oleh mereka dan Ong telah menuduh Dato Hj Zein Isma dan Barisan Nasional Parlimen Sg Buloh terlibat sama.


Dalam banner yang digantung sebagai promosi juga jelas menunjukkan bahawa YBhg Dato Hj Zein Isma merupakan penaung kepada program berkenaan dan dakwaan Ong yang mengatakan Gabungan Guru Aktif 1Selangor atau GA1S terlibat sama adalah tidak benar sama sekali begitu juga dengan perjawatan Pengerusi Barisan Nasional P107 Sg Buloh atau Koordinator Pembangunan Persekutuan N38 Paya Jaras yang disandang oleh Dato Zein.

Tuduhan melulu Ong telah membuatkan orang ramai memandang serong terhadap YBhg Dato Zein dan Barisan Nasional Sg Buloh sedangkan penganjur acara larian berkenaan adalah pihak swasta yang diwakili oleh Azroy Ramli.

Baru baru ini Azroy juga telah membuat satu laporan polis demi untuk membersihkan nama Dato Zein dan Barisan Nasional akibat tuduhan melulu ahli parlimen berkenaan.

Memang semua orang tahu bahawa pemimpin pembangkang memang dari dulu akan mengambil kesempatan ditambah dengan fitnah terhadap Barisan Nasional demi meraih sokongan politik murahan mereka dan ini yang dilakukan oleh Ong selaku ahli parlimen mewakili pembangkang.

Penganjur program telah pun membuat bayaran kepada semua peserta dan jelas kelihatan disini bahawa penglibatan Barisan Nasional adalah secara tidak langsung dan lebih kepada promosi dan segala bayaran yuran penyertaan disalurkan kepada penganjur melalui sistem online.

Kehadiran beberapa pemimpin politik pula adalah atas jemputan dan rasanya adalah tidak menjadi kesalahan jika pemimpin Barisan Nasional bertaraf Menteri atau Timbalan Menteri hadir untuk bersama sama dengan rakyat.

Lepas ni mungkin Ong boleh masuk ke kelas latihan Bahasa Melayu agar beliau lebih memahami maksud penganjur dan Penaung supaya jangan ada yang terkeliru nanti.


Tiada ulasan: