Isnin, 26 Februari 2018

ADUN PAYA JARAS TAK MAMPU TERIMA KENYATAAN !!! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Rentetan daripada terbongkarnya cerita permasaalahan tanah perkuburan di Paya Jaras yang disiarkan oleh Buletin Utama semalam, ADUN Paya Jaras yang mewakili kerajaan negeri dilihat tidak mampu untuk menerima kenyataan bahawa beliau tidak peduli tentang permasaalahan rakyat tapi hanya lebih kepada politik kepartian semata mata.

Semalam Sangkakala keluarkan satu screen shot kemyataan yang dikeluarkan oleh YB Khairuddin melalui akaun facebook milik beliau dan hari ni Sangkakala masukkan satu lagi screen shot yang menunjukkan bahawa Yang Berhormat ini tidak mampu menerima kesilapan beliau.


Dari apa yang YB Khairuddin ni katakan, Sangkakala rasa memang kurang faham sebab, sejak tahun 2008, kerajaan Selangor telah dikuasai oleh pakatan harapan dan Yang Berhormat Khairuddin menang sebagai ADUN pada 2013.

Adakah dengan menyerang membawa maksud membela nasib rakyat khususnya di Paya Jaras? Permasaalahan tanah perkuburan Paya Jaras ini telah lama di bawa kepada pengetahuan Wakil Rakyat, namun daripada apa yang dimaklumkan, tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri. Jadi disini apa fungsi YB Khairuddin sebagai ADUN dan untuk peringatan kepada YB Khairuddin, PAS adalah salah satu parti yang membolehkan kerajaan Pakatan memerintah.

Untuk makluman YB Khairuddin juga, ini bukanlah merupakan serangan tetapi lebih kepada pemberitahuan bahawa kerajaan negeri tidak melakukan apa apa tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan Yang Berhormat sendiri pun seolah olah melihat perkara ini sebelah mata.

Mungkin YB Khairuddin perlu memahami dahulu apa maksud serangan dan juga makluman atau pemberitahuan atau pembongkaran. Selama ni orang nampak memang YB Khairuddin seolah olah melaksanakan tugas, tapi adakah ianya menyeluruh atau memilih dimana ada mileage politik baru nak buat kerja?

Mungkin juga maksud kenyataan yang disebut oleh YB Khairuddin ni ialah, jika beliau tidak menyerang Barisan Nasional, maka Barisan Nasional atau UMNO pun jangan lah buka cerita pekong kegagalan Wakil Rakyat kepada orang ramai, gitu?

Ini adalah masalah masyarakat dan apabila masyarakat datang mengadu, sebagai pemimpin perlu la memberikan sedikit perhatian bagi mencari jalan penyelesaian bukan macam ADUN sorang ni yang melempiaskan ketidak puasan hati dalam facebook.

Adakah dengan cara mengeluarkan kemyataan melalui laman facebook maka permasaalahan tanah perkuburan tersebut boleh selesai?

Jadi disini Sangkakala nak nasihatkan YB, untuk menjadi pemimpin perlu peka dengan masalah rakyat, bukannya bila rakyat mengadu dengan pihak lain maka YB pula melompat tak tentu kira dalam facebook.

Ahad, 25 Februari 2018

ADUN PAYA JARAS GELABAH RAHSIA TERBONGKAR @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Malam tadi keluar satu berita dalam Buletin Utama TV3 yang membongkar tentang permasaalahan tanah perkuburan di Paya Jaras tempat dimana ADUN dari PAS mendapat kemenangan dalam PRU yang ke 13 dulu.

Namun apabila permasaalahan ini diceritakan kepada umum, maka ADUN dari PAS, YB Mohd Khairuddin menyalak dalam FB kononnya selepas 50 tahun baru UMNO nak ambil tahu.


Sangkakala pun tak tau sama ada ADUN ni nyanyuk atau terlupa bahawa beliau adalah wakil rakyat kerajaan negeri yang ada sekarang dan permasaalahan tanah perkuburan tersebut adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Persoalannya kenapa YB Khairuddi mengatakan bahawa "setelah memerintah lebih 50 tahun memerintah?" Siapa yang memerintah kerajaan negeri sekarang ni? Barisan Nasional atau Pakatan yang dah mengusir PAS dari kepimpinan mereka di peringkat pusat?

Ini bukan kira siapa yang ambil peduli, ianya lebih kepada persoalan kenapa Yang Berhormat Khairuddin selama tahun menjadi ADUN tak peduli atau kisah tentang permasaalahan yang melanda.

Apabila ada pihak yang cuba untuk menyelesaikan masalah yang tidak diselesaikan oleh beliau selaku wakil rakyat, dah kata pula ambil berat isu kubur.

Untuk makluman pembaca, kemungkinan besar sebab tanah perkuburan ini adalah untuk orang yang dah mati sedangkan untuk yang hidup pun kerajaan negeri Selangor hari ni tak ambil peduli.

Sebagai contoh disini, ADUN BN pernah membawa usul memperkasakan mahkamah syariah negeri Selangor namun ianya ditolak oleh Speaker Dewan yang datangnya dari DAP.

Ini jelas menunjukkan bahawa untuk kepentingan orang Islam yang masih hidup juga tidak dipedulikan inikan pula untuk orang yang dah meninggal dunia.

Atau ada juga kemungkinan Wakil Rakyat yang mewakili Paya Jaras hari ini bukan datang dari Paya Jaras tetapi datangnya dari Bangi dan kebajikan untuk rakyat di Paya Jaras hanya akan dipandang apabila tibanya waktu pilihanraya, dan selebihnya pandai pandai lah nak hidup.


Khamis, 15 Februari 2018

MAIN BOLA ATAS PADANG PASIR MERUPAKAN IDAMAN AZMIN ALI @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Pasukan bola sepak negeri Selangor atau The Red Giant merupakan sebuah pasukan bola sepak yang menjadi kebanggan bagi rakyat khususnya peminat bola sepak negeri berkenaan.

Namun apabila tampuk kerajaan bertukar tangan, kekuatan The Red Giant di lihat kian tenggelam apabila pasukan bola sepak berkenaan turut dipolitikkan oleh kerajaan Pakatan yang dipimpin oleh Azmin Ali.

Pasukan ini dinafikan hak mereka untuk bermain serta menjalani latihan di Stadium Shah Alam yang merupakan antara  gelanggang bola sepak terhebat di Malaysia.

Azmin pernah membuat perbandingan dengan pasukan Iraq dengan mengatakan bahawa pasukan negara tersebut tidak mempunyai padang bola namun boleh menjalani latihan di tengah padang pasir.

Sangkakala tunjuk salah satu stadium yang ada di Iraq supaya ianya membuka mata Azmin Ali agar jangan hanya pandai bercakap namun tidak mengetahui apa apa.


Namun kegembiraan terpancar apabila YB Tan Sri Noh Omar dan Juga YAB Perdana Menteri memberi jaminan jika kerajaan Barisan Nasional diberi mandat untuk mentadbir negeri maka stadium berkenaan akan dipulangkan semula kepada FAS dan ini merupakan peluang terbaik kepada rakyat Selangor khususnya peminat bola sepak.



PANAS !! GARA GARA MASALAH PERIBADI BUAT SHAHRIZAT JALIL DISERANG @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Shahrizat Jalil, nama yang tak asing lagi dalam persada politik tanah air.

Pernah memegang jawatan sebagai Menteri dan kini beliau merupakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang merupakan tulang belakang kepada kekuatan UMNO itu sendiri.

Namun oleh kerana masalah peribadi seorang Ketua Bahagian dengan beliau, beliau kini diserang bukan hanya di bahagian malah hingga menyelusup ke tempat dimana beliau akan dipertandingkan (jika dicalonkan) dalam pilihanraya akan datang.


Sangkakala turun sendiri bertanyakan apa sebenar masalah diantara Ketua Bahagian ni dengan Shahrizat atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ijat ni.

Setelah mendengar daripada beberapa kenalan, rupa rupanya Ketua Bahagian ni risau jika Kak Ijat bertanding sebagai Ketua Bahagian Dan Ketua Bahagian ni pula cuba untuk meletakkan isteri beliau sebagai Ketua Wanita.

Bagi Sangkakala, cerita ni agak kelakar walaupun sumber yang Sangkakala terima ni memang Sangkakala boleh percayai dan pemberi maklumat ini berada dalam bahagian yang sama.

Jadi disini Sangkakala tengok punca sebenar Kak Ijat diserang dan diperangi adalah kerana agenda untuk menjatuhkan kredibiliti Kak Ijat sebagai Ketua Wanita Bahagian serta Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Walau apa pun, jika benar apa yang Sangkakala dengar tentang perkara ini, Ketua Bahagian tersebut tak seharusnya mempunyai niat sebegitu kerana bagi Sangkakala, jawatan yang Kak Ijat pegang sekarang sudah cukup besar iaitu sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia dan jika jawatan Ketua UMNO Bahagian itu menjadi idaman, ianya menjadi senyuman buat Sangkakala sebab bukan standard Kak Ijat untuk menjadi Ketua Bahagian yang tiada kerusi untuk UMNO dalam parlimen berkenaan.

Jadi perasangka sebegini membuatkan serangan bertali arus dilakukan kepada Kak Ijat.

Bagi Sangkakala, ketakutan dan igauan ngeri ini hanya akan berlaku jika Ketua Bahagian berkenaan tidak menjalankan tugas beliau di kawasan yang diketuai.

Ahli akar umbi pada hari ini bukanlah buta tidak melihat jasa seorang pemimpin terhadap mereka dan jika Ketua Bahagian tersebut menjalankan tugas dengan cemerlang, gemilang dan terbilang, sudah pasti tiada siapa dapat menandingi beliau dalam mempertahankan jawatan parti.

Tapi jika sebaliknya berlaku, tak perlu Kak Ijat, siapa juga yang datang pasti boleh menenggelamkan nama Ketua Bahagian ni dalam arena politik peringkat bahagian malah peringkat nasional sekali pun.

Apa apa pun Sangkakala harap, dalam menghadapi PRU ke 14 nanti, janganlah ada lagi unsur unsur dendam kesumat, hadapi dulu pilihanraya, kemudian baru cerita tentang pemilihan.

Bak kata YAB Perdana Menteri, jauhi dari sifat 'CAH KETING' pastikan Barisan Nasional menang bergaya dalam PRU akan datang.



Ahad, 11 Februari 2018

LEBIH DUA RIBU ORANG HADIR DI PESTA PONGGAL DI SUBANG !! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Semalam berlangsung satu pesat bagi masyarakat India di Bukit Rahman Putra Sungai Buloh yang menyaksikan kehadiran lebih dua ribu orang.

Pesta yang julung julung kalinya diadakan amat meriah dengan kehadiran pemimpin Barisan Nasional di peringkat bahagian, negeri dan pusat.

Turut hadir sama ke program berkenaan ialah YB Tan Sri Noh Omar selaku Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor diikuti dengan YBhg Dato Hj Zein Isma Ismail, Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Subang.

YB Datuk Sri M Sarawanan yang merupakan Timbalan Menteri Belia dan sukan juga hadir di samping YB Datuk Hajah Halimaton Saadiah Bohan, ADUN Kota Damansara.

Menurut YBhg Encik Prakash Rao, Pengarah Strategi Masyarakat India Parlimen Subang, kehadiran kaum India dalam program tersebut membuktikan bahawa kaum India khususnya di Subang kini bersama sama dengan Barisan Nasional dan ini memberikan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

Menurut kata En Prakash Rao lagi, Pesta Ponggal sebenarnya adalah pesta selepas menuai dan ianya diadakan bagi mengucapkan syukur keatas rezeki yang diperolehi.

Dalam ucapan YB Tan Sri Noh pula, beliau beranggapan bahawa program sebegini adalah diantara yang terbaik bagi merapatkan jurang diantara masyarakat dengan pemimpin dan beliau juga berharap agar program sebegini akan diteruskan di masa masa akan datang.












LEBIH LIMA RIBU ORANG MEMERIAHKAN PROGRAM SUNGAI BULOH NIGHT RUN 2018 @NajibRazak @Zahid_Hamidi @mynohomar @ahmadmaslan @PKamalanathan @TunFaisal

Malam tadi berlangsung satu program larian sejauh 10 kilometer di Sungai Buloh yang dianjurkan oleh Sekretariat Guru Aktif Subang.

Program yang dinamakan sebagai Sungai Buloh Night Run telah berjaya menghimpunkan lebih lima ribu orang di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Buloh dan keseluruhan yang hadir pada malam tadi dianggarkan lebih dari lima ribu orang.

Larian sejauh 10 kilometer dengan 4 kategori menyaksikan hadiah utama berjumlah RM 3 ribu diikuti hadiah kedua bernilai RM 2 ribu dan tempat ketiga membawa pulang hadiah berjumlah RM 1 ribu disamping pingat.

Hadiah berupa wang tunai juga diberikan sehingga pemenang  ke 10.

YB Dato P.Kamalanathan telah merasmikan perasmian pembukaan dan telah bersama sama YB Datuk Seri Ahmad Maslan melepaskan peserta pada jam 9 malam dan program berakhir pada jam 12 malam.

Manakala perasmian penutup pula telah dilakukan oleh YB Tan Sri Noh Omar.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah, Pegawai Pendidikan Petaling, Petaling Utama dan juga Gombak.

Dalam ucapan Dato P.Kamalanathan semasa upacara perasmian pembukaan, beliau merasa bangga apabila program sebegini dapat merapatkan hubungan dikalangan para pendidik dengan orang ramai dan beliau berkata tidak mustahil program Night Run ini akan diadakan di seluruh negara berikutan kejayaan program di Sg Buloh.

Beliau juga mengucapkan jutaan tahniah kepada penganjur dan penaung Program yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Subang, Ybhg Dato Hj Zein Isma Ismail diatas kejayaan program berkenaan.

Dalam ucapan perasmian penutup yang disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Omar pula, beliau mengatakan bahawa selama ink golongan pendidik biasanya akan melakukan program di kalangan pendidik, namun hari ini dapat dilihat bahawa golongan pendidik juga mampu untuk berasama sama dengan masyarakat dalam melalsanakan satu satu program dan beliau juga merasakan bahawa program ini adalah yang terbaik didalam penyatuan golongan pendidik dengan masyarakat.





Sabtu, 10 Februari 2018

ASTAGHFIRULLAH !! NAK BAGI ORANG MAKAN ATAU HAIWAN MAKAN ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Dengarnya semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai bagi sayur sayuran pada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Tapi apa yang mengejutkan ialah, sayur sayur berkenaan dilihat bukanlah makanan bagi manusia dan mungkin haiwan juga takkan makan sayuran sebegitu.






Program begini sebenarnya bagus, tapi biarlah ikhlas, jangan bagi harapan pada orang dengan memberikan sayuran yang dah tak boleh langsung dimakan.

Beberapa minggu lepas, Nurul Izzah datang ke kawasan Lembah Pantai dengan memberikan roti sebuku sorang dan itu adalah pemberian selama 5 tahun menjadi ahli parlimen di kawasan tersebut.

Berbalik kepada pemberian sayuran yang Sangkakala masukkan gambarnya tadi, apa kata pembaca jika itu keadaan sayur yang diberikan kepada penduduk?

Mungkin puak pakatan ni takde rasa belas kasihan pada rakyat dan sebab itu juga lah mereka dengan sewenang wenang memberikan harapan palsu.



Khamis, 8 Februari 2018

CUKAI TAKSIRAN PUNCA PENDAPATAN UTAMA KERAJAAN SELANGOR @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Dalam dua tiga hari ni Sangkakala tengok kecoh dalam laman sosial serta berita berita tenpatan mengatakan tentang kenaikan cukai taksiran atau cukai pintu di negeri Selangor sebanyak lebih 400% berbanding tahun sebelumnya.

Untuk makluman, perkara ini telah lana berlaku di kawasan kawasan lain dan kali ini ianya berlaku di Kuala Langat yang membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Kuala Langat.

Bayangkan sebuah kawasan yang masih lagi di bawah penguasaan Majlis Daerah sudah mengenakan cukai sebanyak ribuan ringgit, dan kalau ianya bertaraf Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya ada kemungkinan perkara tersebut tidak berapa dipedulikan namun kenaikan mendadak seperti itu tidak seharusnya berlaku.


Kerajaan Selangor kerap kali mengatakan bahawa kerajaan pusat membebankan rakyat dengan cukai dan paling ketara mereka mengatakan bahawa cukai GST menyusahkan rakyat.

Bagaimana pula dengan kenaikan cukai taksiran sebanyak 400% yang dikenakan oleh kerajaan Selangor? Adakah ianya tidak melibatkan rakyat? Adakah ianya dikenakan kepada individu tertentu dan adakah wang hasil cukai taksiran ini diberikan semula kepada rakyat?

Jika kerajaan Selangor mengatakan bahawa hasil cukai ini disalurkan semula kepada rakyat, maka ianya adalah satu pembohongan semata mata kerana, bantuan KISS hanyalah diberikan kepada mereka yang berumur 60 tahun keatas yang tidak menerima apa apa bantuan dari mana mana sumber kerajaan mahupun agensi dan bantuan tersebut hanya diberikan kepada 500 orang penerima bagi setiap DUN.

Untuk Tabung Anak Warisan Selangor atau TAWAS pula, ianya bukanlah diberikan selepas bayi berkenaan lahir, mereka perlu menunggu sehingga berumur 18 tahun barulah wang tersebut dikeluarkan.

Jadi apa kegunaan wang hasil dari cukai taksiran yang dinaikkan? Adakah ianya digunakan untuk menambah rizab kerajaan negeri yang sebenarnya sudah semakin berkurangan akibat keborosan kerajaan Selangor dalam menguruskan sumber pendapatan kerajaan negeri?

Kerajaan negeri Selangor sebenarnya bukanlah sebuah kerajaan Peduli Rakyat seperti mana yang disebut malah mereka ini ( kerajaan Selangor ) sebenarnya yang menyusahkan rakyat negeri Selangor.


Selasa, 6 Februari 2018

RAKYAT MALAYSIA TIADA WANG ATAU MYDIN AMBIL KESEMPATAN ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Sejak pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 ni, pihak syarikat Mydin yang diberi mandat untuk mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia yang pertama mula memgeluarkan kenyataan pelik seperti KDNK Malaysia naik tapi rakyat tiada wang.

Ini sebenarnya alasan yang difikirkan kukuh oleh pihak pengurusan Mydin dalam menyembunyikan perkara sebenar disebalik penutupan KR1M yang pertama.


Dari apa yang Sangkakala tahu, penutupan KR1M yang pertama adalah disebabkan harga barangan didalam kedai berkenaan.

Kerajaan telah mengilhamkan Kedai Rakyat 1Malaysia dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada rakyat dalam membeli barangan keperluan dengan harga yang rendah disamping kualiti yang sama di tempat tempat lain.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, dimana harga barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia yang dikendalikan oleh Mydin sama dengan tempat tempat lain dan ini telah memesongkan fungsi sebenar KR1M ditubuhkan.

Maka dengan itu kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menutup KR1M dan membuka KR1M 2.0 dengan memberi peluang kepada pengusaha lain pula untuk menunjukkan komitmen mereka membantu kerajaan dalam usaha membantu rakyat.

Jadi disini Mydin tak perlu mengatakan bahawa rakyat Malaysia ada wang atau tidak hanya semata mata untuk menutup kelemahan mereka tapi perlu berhadapan dengan realiti bahawa mereka (Mydin) mengambil kesempatan dalam kesempitan dan mengambil peluang diatas ketiadaan pemantauan oleh kerajaan.

Rakyat Malaysia hari ini mempunyai pelbagai kaedah bagi menyampaikan maklumat kepada kerajaan dan kerajaan senantiasa memberikan perhatian bagi setiap aduan yang diterima.




Isnin, 5 Februari 2018

PANAS !!! ZAHID HAMIDI JADI BOMOH @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Sehari dua ni tular video YAB Datuk Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri melawat sahabat beliau yang sedang sakit sambil memberikan air yang di jampi.

Yang kelakar Sangkakala perhatikan apabila video berkenaan tular, ramai dikalangan pembangkang mengatakan bahawa Zahid menjadi bomoh apabila dekat pilihanraya.


Tuduhan ini sebenarnya adalah tuduhan jumud yang memang tak masuk akal bagi Sangkakala sebab, adakah seseorang yang membacakan sesuatu ayat AlQuran pada segelas air kemudian diberikan kepada pesakit di anggap bomoh?

Bagaimana pula dengan para jemaah masjid yang membaca surah Yassin pada air kemudian diberikan kepada orang yang sakit untuk diminum? Adakah semua jemaah itu bomoh?

Usaha dan tawakal itu perlu dalam kehidupan seharian manusia, Datuk Seri Zahid berusaha untuk beroleh kebaikan kepada si pesakit dengan pertolongan Allah SWT tapi seperti biasa, pihak lawan akan cuba memberikan pandangan yang serong untuk menunjukkan keburukan.



Jumaat, 2 Februari 2018

UCAPAN TAHNIAH BUAT TUN MAHATHIR DAN TAKZIAH BUAT PAKATAN HARAPAN @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Sangkakala ingin merakamkan setinggi tinggi tahniah buat Tun Mahathir Muhamad yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menjadi kerajaan selepas Pilihanraya Umum yang akan datang.


Ucapan ini sebenarnya bersesuaian dengan beliau yang berjaya menenggelamkan aura atau semangat 'Reformasi' yang diilhamkan oleh PKR selepas pemecatan dan penahanan Anwar Ibrahim di zaman Tun Mahathir.

Tun Mahathir mengambil masa hampir 20 tahun untuk membenam gerakan penentangan terhadap beliau oleh keluarga dan pengikut setia Anwar dan dalam sekelip mata, Pakatan yang dulunya menentang Tun Mahathir dapat dijinakkan.

Tentang hal ini Sangkakala memuji kebijaksanaan Tun Mahathir dalam menyusun gerakan membunuh karier penentang penentang beliau semasa menjadi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.

Tapi Sangkakala juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada pengikut Anwar yang dulunya bermati matian turun ke jalan raya berdemonstrasi menentang kezaliman Tun Mahathir terhadap Anwar.

Adakah pengikut pengikut Anwar kini berasa selesa dengan kehadiran orang yang ditentang puluhan tahun dahulu? Adakah mereka terpaksa melupakan apa yang diperjuangkan sehingga ada dikalangan mereka yang merengkok dalam penjara sebagai tahanan ISA semata mata untuk menaikkan Mukhriz menjadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir nanti? Atau adakah mereka bakal berhadapan dengan satu lagi gerakan apabila Tun Mahathir meletakkan Mukhriz sebagai pengganti beliau?

Umum mengetahui bagaimana licik politik Mahathir yang mempu untuk menenggelamkan gerakan reformasi dan tidak mustahil kelicikan itu juga akan digunakan jika berjaya menjadi Perdana Menteri.

Adalah tidak mustahil ISA dikembalikan dan sesiapa yang menetang beliau akan menerima nasib sama seperti mana beliau memerintah selama 22 tahun dulu.