Isnin, 25 September 2017

ISU PESTA ARAK !! BERANIKAH AZMIN ALI MENGHALANG ??? @NajibRazak @ zahid_hamidi @nohomar @tunfaisal

Khabarnya Menteri Besar Selangor akan mengeluarkan notis saman terhadap Utusan Malaysia yang kononnya memfitnah beliau dalam isu pesta arak.


Sebelum ini pesta arak dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur namun ianya tidak mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak Polis DiRaja Malaysia.

Pihak Polis DiRaja Malaysia pula melalui Ketua Polis Negara menegaskan bahawa pesta berkenaan jika dilangsungkan bakal mengundang kejadi keganasan dan ini antara faktor ianya tidak mendapat kelulusan.

Berbalik kepada saman yang disebut oleh Azmin Ali, jika perkara tersebut tidak benar adakah Azmin Ali mampu untuk mengeluarkan arahan bahawa ianya tidak akan dilangsungkan di negeri Selangor?

Azmin seperti yang kita semua maklum, pasti akan tunduk terhadap desakan yang dilakukan oleh pemimpin DAP yang mahukan pesta berkenaan dilangsungkan

Jadi jika Azmin tidak mampu untuk menghalang, maka adakah ianya berupa kebenaran kepada pihak pengajur untuk meneruskan aktiviti berkenaan?

Ini persoalan yang perlu dijawab oleh Azmin jika mahu membuktikan bahawa beliau tidak menyokong pesta berkenaan.

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa perlembagaan Malaysia telah memperuntukan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan dan Islam melarang umatnya untuk meminum arak tetapi untuk bangsa atau agama lain selain Islam, ianya tidak terhalang.

Walaupun begitu, bangsa atau agama lain perlulah menghormati agama Islam sepertimana yang termaktup dalam perlembagaan dan orang bukan Islam perlu menghormati perkara ini kerana mereka juga sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa orang Islam juga perlu menghormati orang bukan Islam, ianya jelas terbukti apabila orang Islam membiarkan upacara keagamaan dilakukan tetapi bukanlah sebuah pesta yang mungkin akan mengundang bahaya apabila peserta mulai mabuk.




Tiada ulasan: