Selasa, 21 Februari 2017

GILIRAN TAN SRI MADINAH PULA MENERIMA SERANGAN @NajibRazak

Sangkakala lihat malam ni tular di laman sosial terutamanya facebook menceritakan tentang perlantikan YBhg Tan Sri Dr Madinah sebagai Ketua Audit Negara yang baru.


Ramai yang mempersoalkan kredibiliti Tan Sri Madinah hingga beliau di lantik sebagai Ketua Audit Negara.

Bagi Sangkalala, jika kita tak kenal orang, jangan sesekali kita cuba mengkritik tambahan lagi dengan kelayakan kita yang jauh ibarat bumi dengan langit jika nak melemparkan kritikan.

Ada yang mengatakan bahawa perlantikan ini adalah kerana hubungan diantara YAB Perdana Menteri dengan suami Tan Sri Madinah sedangkan hubungan diantara suami Tan Sri dengan Perdana Menteri adalah hubungan diantara Ketua UMNO Bahagian dengan Presiden UMNO.

Memang benar suami kepada Tan Sri Madinah pernah melafazkan ikrar taat setia seluruh kepimpinan dan akar umbi bahagian Kepong kepada Presiden UMNO tetapi itu tidak boleh dijadikan bahan untuk menguatkan hujah.

Seperti biasa, apabila pemimpin parti dihentam dan dikritik sudah pasti akan ada pengikut yang melafazkan taat setianya kepada pemimpin dan kalau Perdana Menteri melantik suami kepada Tan Sri Madinah mungkin ianya boleh menjadi isu atau fakta bagi menguatkan hujah mereka mereka yang dilihat agak kurang senang dengan perlantikan tersebut.

Berbalik kepada cerita perlantikan Tan Sri Madinah.

Adakah pengkritik pengkritik facebook ini tahu latar belakang beliau? Siapa beliau sebelum ini? Dan apa kelayakan beliau hingga diberi kepercayaan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja Raja?

Tan Sri Madinah mempunyai kelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sains dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian kepada 2 kementerian dan yang terakhir sekali ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Dengan pengalaman yang sebegitu rasanya amat berbaloi untuk meletakkan Tan Sri Madinah sebagai Ketua Setiausaha Negara.

Tapi yang banyak sangat bunyi sampai melibatkan Perdana Menteri dan suami beliau untuk apa? Sedangkan perlantikan Tan Sri Madinah dibuat oleh Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja Raja.

Paling tidak pun hormat lah sikit pada orang yang melantik, jangan tunjuk sangat kita ni tak berapa cerdik dan tak berapa beradap.

Nanti Sangkakala tulis lagi pasal perlantikan ni...tunggu ye...


Tiada ulasan: