Ahad, 1 Januari 2017

250 ORANG PELAJAR TERIMA BANTUAN YAYASAN KEPONG @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Bertempat di Dewan DBKL Jinjang malam ini menyaksikan Yayasan Kepong memberikan bantuan kepada 250 orang pelajar yang akan menduduki sesi persekolahan pada 2 Januari 2017 nanti.


YBhg Dato' Sri Haji Rizuan Ahmad selaku Pengerusi Yayasan yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kepong dalam ucapannya mengatakan bahawa pihak Yayasan dan UMNO Kepong akan sentiasa memberikan bantuan kepada rakyat.

Sumbagan berupa wang tunai sebanyak RM 500 setiap seorang dan 5 orang penerima merupakan pelajar cemerlang PT3, SPM dan pelajar Universiti juga menerima bantuan kewangan daripada pihak Yayasan.


Program ini dijadikan sebagai program tahunan bagi membantu mereka yang kurang kemampuan untuk memasuki alam.persekolahan setiap tahun.

Majlis makan malam yang di Pengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepong, Saudara Razak dan dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dr Madinah Mohammad, Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia serta dihadiri kira kira 500 orang tetamu terdiri dari ketua Jabatan serta Ketua Masyarakat disamping ibu bapa pelajar yang bakal menerima sumbangan.










Para hadirin juga dihiburkan dengan beberapa persembahan seperti tarian kanak kanak tadika, persembahan silap mata, persembahan saxophone dan yang paling menarik apabila Ketua UMNO Bahagian sendiri menunjukkan bakat tiupan harmonika yang mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin.


Dalam majlis yang sama, Pengerusi jamuan makan malam, saudara Razak telah melancarkan tabung bantuan Rohingya dengan menyampaikan sebuah lagu berjodol 'SELAMAT MALAM ROHINGYA'.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada pihak Yayasan Kepong dan UMNO Bahagian Kepong yang diterajui oleh Dato' Sri Haji Riduan yang prihatin terhadap permasalahan terutamanya kemiskinan bandar dan sumbangan seperti ini adalah bukti bahawa UMNO yang menerajui komponen Barisan Nasional tetap prihatin dengan permasaalahan masyarakat.





Tiada ulasan: