Jumaat, 29 Disember 2017

ANTARA TAMAK DAN EGO TUN MAHATHIR YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN (SIRI 3) @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Siri ke tiga ini Sangkakala akan dedahkan lagi tentang apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir kepada rakyat Malaysia selama beliai memerintah agar rakyat dan para pengikut Tun Mahathir yang mungkin terlepas pandang selama ni.

Beberapa buah Independent Power Plant atau lebih mudah disebut sebagai IPP telah dibina oleh syarikat swasta dan dua dari pemilik IPP ini adalah Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Lim Goh Tong.


Syarikat syarikat ini kemudiannya menjual tenaga elektrik mereka kepada Tenaga Nasional Berhad dengan harga yang agak tinggi serta kenaikan tarif setiap tahun hingga membuatkan TNB mengalami kerugian setiap tahun serta rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik.

Namun begitu, YAB Datuk Seri Najib Razak mempunyai idea lain bagi mengelakkan TNB terua mengalami kerugian dan rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik saban tahun dengan menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB.

1MDB bertindak membeli beberapa buah IPP milik syarikat syarikat swasta ini hingga Tun Mahathir merasakan bahawa pemilik pemilik IPP ini yang juga merupakan sahabat sahabat beliau tidak lagi boleh menjana kekayaan sealiran dengan aliran arus elektrik yang dibekalkan.

Ini juga sebenarnya menjadi punca kenapa Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri dan mengeluarkan fitnah kononnya 1MDB mengalami kerugian dan syarikat tersebut menggunakan wang rakyat sedangkan 1MDB hanya diberi modal permulaan sebanyak RM 1 juta untuk permulaan dan kemudiannya 1MDB membuat pinjaman bagi meneruskan operasi syarikat.

1MDB tidak meminta kerajaan untuk bailout syarikat tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Proton seperti mana yang Sangkakala tulis sebelum ini.

Walaupun 1MDB telah menjual kembali IPP milik mereka kepada syarikat lain, namun rakyat Malaysia tidak lagi menanggung kenaikan tarif elektrik sepertimana yang berlaku di zaman Tun Mahathir.

Sebagai contoh, kerajaan dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib tidak akan menaikkan tarif elektrik dan ianya kekal seperti hari ini sehingga ketahun 2020.


Ini juga membuatkan ego Tun Mahathir tercabar apabila sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya tidak pernah berlaku kepada rakyat Malaysia.


Khamis, 28 Disember 2017

ANTARA TAMAK DAN EGO TUN MAHATHIR YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN (siri 2) @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Seperti yang Sangkakala janjikan dalam artikel semalam, hari ini Sangkakala nak sambung tentang ketamakkan Tun Mahathir serta ego yang ada dalam diri beliau.

22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri memperlihatkan banyak kemajuan yang dilakukan pada ketika itu dan bangunan pencakar langit berbentuk H  juga telah didirikan.

Namun adakah semua itu untuk rakyat Malaysia? Seperti pembinaan bangunan KLCC, berapa ramai anak atau syarikat milik bumiputera mendapat tempat di KLCC?

Beberapa Syarikat milik kerajaan juga kehilangan upaya untuk meneruskan perniagaan seperti contoh, Perwaja Steel yang akhirnya gulung tikar.


Begitu juga dengan Proton yang dilihat tidak mempunyai kekuatan daya saing diperingkat global hingga memaksa kerajaan untuk bailout bagi mengelakkan kerugian dan gulung tikar.

Tapi kenapa kerajaan terpaksa bailout Proton sedangkan ianya hanyalah syarikat pegangan saham oleh kerajaan.

Rupanya dalam Proton ada kuncu Tun Mahathir yang sedang cari makan dengan membekalkan cat anti karat dan beberapa pembekal lagi dan demi untuk menyelamatkan kedudukan mereka ini, maka Tun Mahathir telah menggunakan berbillion ringgit duit rakyat dalam usaha kononnya menyelamatkan Proton.

Tapi adakah Proton terselamat? Proton masih lagi belum selamat kerana ketidak upayaan seperti yang Sangkakala tulis diatas tadi.

Di zaman YAB Datuk Seri Najib Razak pula, sistem bailout ini tidak lagi diperaktikkan tetapi sistem usahasama atau penjualan sebahagian saham bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti diperkenalkan maka pihak pengurusan Proton mengambil keputusan menjual sebahagian saham Proton kepada sebuah syarikat dari negara China bernama Geely Automobile Holding Ltd yang merupakan sebuah syarikat pengeluaran kenderaan terbesar di China.

Sebanyak 49.9% pegangan saham dalam Proton kini dimiliki oleh Geely dan ini membuatkan Proton bertambah keupayaan dari segi kewangan, kemahiran serta kualiti pengeluar kenderaan Proton dimasa akan datang.

Ini telah membuatkan Tun Mahathir berasa tidak puas hati kerana apabila Proton sudah memiki rakan kongsi yang baru, maka segala keputusan perlu di buat bersama dan peluang untuk kroni Tun Mahathir mengaut keuntungan jutaan ringgit dalam Proton akan terbantut.

Ini juga menjadi punca dendam kesumat menjadi tebal dalam hati Tun Mahathir terhadap YAB Perdana Menteri.

Ikuti kisah seterusnya dalam siri 3 nanti.



Rabu, 27 Disember 2017

ANTARA TAMAK DAN EGO TUN MAHATHIR YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Umum mengetahui bahawa Tun Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Perdana Menteri dan semua jawatan beliau dalam kabinet pada tahun 2002 semasa persidangan Agung UMNO ketika itu.

Tun Mahathir mengatakan pada para perwakilan dari seluruh negara bahawa beliau telah lama membuat keputusan untuk melepaskan semua jawatan dalam parti serta kerajaan.


Pada tahun 2004 berlakulah pilihanraya umum yang memperlihatkan Barisan Nasional yang pada itu diketuai oleh YAbhg Tun Abdullah Ahmad Badawi mendapat majoriti paling banyak dalam sejarah iaitu 198 kerusi dalam parlimen.

Walaupun hanya 2 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Abdullah mampu untuk menyatukan rakyat dibawah satu naungan kerajaan iaitu Barisan Nasional.


Maka disitulah bermulanya episod ketidak tenteraman dalam jiwa Tun Mahathir apabila melihat Tun Abdullah yang baru 2 tahun menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional, mampu untuk memberikan kemenangan besar terhadap kerajaan berbanding beliau yang memerintah selama 22 tahun.

Maka bermulalah episod serangan terhadap Tun Abdullah dari segenap sudut ditambah pula dengan permulaan kehadiran media sosial maka Tun Abdullah lunyai dikerjakan oleh Tun Mahathir hingga membuatkan Tun Abdullah melepaskan jawatan dan Barisan Nasional tidak mendapat undi 2/3 dalam parlimen selepas pilihanraya umum ke 12 yang menyaksikan Barisan Nasional kehilangan 4 buah negeri iaitu, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah selain Kelantan yang sememangnya ditadbir oleh PAS sebelum itu.

Tun Mahathir meluahkan rasa ketidak puasan hatinya sehingga sanggup keluar parti pada tahun 2008 hanya semata mata untuk melihat kejatuhan Tun Abdullah pada ketika itu hinggalah Pak Lah memilih untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO yang sekaligus meletakkan beliau sebegai Perdana Menteri.


Kini, selepas 10 tahun berlalu, Tun Mahathir sekali lagi melakukan serangan terhadap kerajaan dan serangan bertali arus ini ditujukan kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.

Antara punca serangan ini adalah disebabkan ketidak setujuan Perdana Menteri untuk meneruskan projek jambatan bengkok merentasi Selat Tebrau dan ini juga merupakan salah satu punca kenapa Tun Abdullah diserang oleh Tun Mahathir.


YAB Perdana Menteri juga diserang apabila dilihat lebih banyak memberikan kemudahan kepada rakyat berbanding zaman Tun Mahathir seperti memperkenalkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memperuntukkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah RM 3 ribu bagi setiap isi rumah.

Ini tidak terdapat dalam pemerintahan Tun Mahathir, begitu juga dengan Klinik 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan di zaman YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri yang mengilhamkan moto 1Malaysia bagi semua rakyat tidak mengira kaum, bangsa, agama mahupun fahaman politik.

Ini adalah punca punca mengapa Tun Mahathir merasakan bahawa ada keperluan beliau menyerang Perdana Menteri dan kerajaan dan bagi Sangkakala, ianya adalah untuk menghalang sejarah pemerintahan Tun Mahathir di telan dengan keadaan dan kestabilan di zaman YAB Datuk Seri Najib Razak.

Banyak lagi huraian yang akan Sangkakala buat berkenaan dengan keegoan dan ketamakan seorang lelaki bernama Tun Mahathir Muhamad.

Nantikan episod seterusnya.



Selasa, 26 Disember 2017

DARI MANA MOKHZANI DAPAT ASET SAMPAI 2.7 BILLION ?? @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Mohkzani Mahathir, anak kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan mempunyai aset bernilai RM 2.7 billion.

DAP pula dilihat memuji Mokhzani kerana memiliki aset sebanyak itu.


Persoalannya kini, darimana Mokhzani memiliki aset sebayak itu sedangkan Tun Mahathir bukanlah lahir dari kalangan orang kaya.

Video pujian Guan Eng kepada Mokhzani ada dalam blog KL Chronicle dan penulis blog berkenaan juga ada memaparkan beberapa video lain yang mengaitkan persoalan yang pernah diajukan oleh pemimpin pembangkang berkenaan kekayaan Mokhzani.



Jumaat, 22 Disember 2017

ABDUL RAHMAN MAIDIN TAK PERLU CAKAP BANYAK !! APA SUMBANGAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA ??? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Sangkakala tengok keratan akhnar dibawah dikongsi oleh seorang pengguna laman facebook.

Dan disitu Sangkakala terfikir, apa sumbangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia bagi membantu menaikkan taraf ekonomi rakyat khususnya orang Melayu.


Bagi Sangkakala, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Rahman Maidin ini langsung tak boleh pakai.

Sangkakala berani kata begitu sebab bukan sikit projek kerajaan yang lepas ke tangan beliau semasa menjadi Presiden DPMM dulu.

Dan seperti yang Sangkakala persoalkan, apa sumbangan yang dilakukan oleh DPMM dalam membantu orang Melayu meningkatkan taraf hidup?

Hanya dengan memberikan kursus kepada mereka yang telah menjadi ahli? Dengan cara memganjurkan seminar perniagaan dan akhinya peserta pulang sama sepertimana mereka hadir?

Rahman Maidin boleh la declare harta beliau baru le tau kaya ke miskin dan jangan lupa DPMM tu juga hasil daripada idea orang UMNO tapi yang melarikan matlamat asal penubuhan adalah mamak macam Rahman Maidin.

Khamis, 21 Disember 2017

PAN TUNGGU JEMPUTAN UNTUK HADIR HIMPUNAN SOLIDARITI @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Esok satu himpunan raksaksa akan diadakan bagi membantah keputusan Presiden Amerika yang mahu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Atas dasar ingin mempertahankan Baitulmaqdis, maka himpunan tersebut dirancang dan bakal dihadiri oleh pemimpin besar negara tak kira dari parti apa sekalipun.

Dalam pada tu, PAN mengatakan bahawa mereka tidak menghantar wakil kerana tidak mendapat jemputan.


PAN tak dapat jemputan atau takut dengan DAP sebenarnya ni?

Kita semua tahu bahawa PAN adalah parti serpihan PAS yang di hidupkan oleh DAP apabila Mat Sabu kalah bertanding sebagai Presiden PAS.

Ini jelas menunjukkan bahawa PAN adalah boneka kepada DAP dan sudah pasti PAN agak risau untuk menyertai himpunan yang bersandarkan agama Islam kerana DAP sememangnya tidak selesa dengan Islam selama ni.



Selasa, 19 Disember 2017

CIKGU AZIZAN AKHIRNYA BEBAS !!! IBU BAPA PELAJAR NAK.HANTAR ANAK KE SEKOLAH MANA ??? @NajibRazak @zahid_hamidi @mahdzirkhalid @tunfaisal

Sangkakala tengok ramai yang menyokong Cikgu Azizan dan tak kurang juga yang mengkritik beliau kononnya tidak ada hak menampar pelajarnya yang mempunyai masalah disiplin.

Yang sebenarnya pada pandangan Sangkakala tindakan cikgu Azizan adalah tindakan yang bagus sebagai seorang pendidik yang mahu melihat anak didiknya menjadi manusia.


Itu juga adalah contoh seorang bapa yang mahu melihat anaknya berjaya dimasa hadapan.

Permasaalahannya sekarang apabila ada ibu bapa yang tidak boleh menerima bahawa anak mereka memang mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Tindakan ibu bapa pelajar yang membuat laporan polis terhadap cikgu Azizan hanyalah untuk mengalihkan isu bahawa anak mereka memang bermasalah sekaligus memalukan keluarga.

Cuba kita bayangkan jika lepas ni guru guru mula merasa risau untuk menghukum para pelajar kerana takut diambil tindakan oleh ibu bapa, apa jadi akhirnya?

Anak anak pula bebas melakukan apa sahaja semahu mereka kerana mereka merasakan bahawa mereka ada satu imuniti atau ada kekebalan yang tidak membolehkan cikgu melarang mereka.

Namun hari ini telah terbukti bahawa tindakan seorang guru itu tepat apabila mahkamah membebaskan cikgu Azizan daripada pertuduhan yang dilemparkan oleh ibu bapa pelajar terbabit.

Kepada ibu bapa pelajar berkenaan, sila bawa anak anda ke sekolah lain atau bagi le dia hidu gam sepenuh masa di rumah, mungkin dengan cara itu anak anda akan berjaya di masa hadapan.

Jumaat, 15 Disember 2017

AZMIN ALI GAGAL PERTAHAN SULTAN SELANGOR SEBAB ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Kata kata Zaid Ibrahim yang dilemparkan kepada DYMM Sultan Selangor menjadi ingatan terhadap seluruh rakyat Selangor apabila Baginda diminta untuk menutup mulut berkenaan Tun M yang dilihat semakin menjadi jadi kemaraan dendam kesumatnya.

Dalam kes tersebut, rakyat Selangor telah bangkit untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada DYMM Sultan Selangor dengan mengadakan himpunan secara aman di Shah Alam baru baru ini.

Dalam.pada itu, Azmin Ali yang diperkenankan perjawatan beliau sebagai Menteru Besar dilihat gagal untuk mempertahankan Baginda Sultan.


Sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab Menteri Besar bagi mempertahankan Sultan namun itu tidak dilakukan oleh Azmin memandangkan Zaid Ibrahim adalah ahli DAP yang sememangnya di lihat tidak begitu selesa dengan Kesultanan Melayu.

Adakah Azmin sedar atau tidak sedar bahawa beliau kini berkedudukan sebagai Menteri Besar di negeri Selangor dan kebiadaban yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim juga terhadap Sultan Selangor.

Ini sebenarnya jelas menunjukkan bahawa Azmin dikuasai oleh DAP hingga tidak berani berhadapan dengan parti tersebut atau tidk berani menyanggah kenyataan Zaid Ibrahim yang telah membuatkan Baginda Sultan menjadi murka.

Menteri Besar sebegini harusnya dinagikan kehadirannya dalam pilihanraya akan datang kerana bukan sahaja gagal membela Baginda Sultan, malah dilihat seolah olah bersetuju dengan apa yang dibuat oleh Zaid Ibrahim.


KAMPUNG TOK SUBUH RANAP SELEPAS SUBUH.@NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Sebuah perkampungan Melayu di Pulau Pinang ranap selepas subuh hari ini atas arahan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng.





Sejak DAP mengambil alih kerajaan Pulau Pinang, sudah banyak kawasan perkampungan khususnya perkampungan orang Melayu di Pulau Pinang menjadi korban.

Bukan setakat perumahan, malah perniagaan juga di belenggu dengan masalah perobohan akibat dari ketamakan kerajaan negeri untuk memberi kawasan kawasan tersebut kepada para pemaju dan sudah pastinya ia akan memberikan keuntungan kepada kantong DAP.

Tapi itu adalah kehendak orang Pulau Pinang yang satu ketika dulu mengetakan bahawa mereka hendakkan perubahan dengan cara menukar kerajaan maka benarlah perubahan itu berlaku.

Perubahan yang Sangkakala maksudkan ialah dari segi struktur penempatan yang akhirnya merugikan rakyat Pulau Pinang.



Khamis, 14 Disember 2017

PROGRAM KISS MENGHALALKAN AZMIN BAWA LARI DUIT RAKYAT SELANGOR @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Program Kasih Ibu Smart Selangor atau KISS nampaknya hanya akan membolehkan Azmin Ali membawa lari puluhan juta wang rakyat Selangor.

Bayangkan dengan pemberian kononnya sebanyak RM 2400 setahun dan seramai 30000 orang di Selangor berapa puluh juta peruntukan di perlukan?

Kenapa Sangkakala mengatakan bahawa wang ini akan dilesapkan oleh Azmin Ali? Ini ceritanya.


30 ribu orang penerima akan menerima sebanyak RM 2400 seorang maka ianya akan melibatkan wang sebanyak RM 72 juta.

Tapi syarat syarat bagi penerima KISS ini ialah tidak pernah mendapat mana mana bantuan baik dari kerajaan negeri atau pun pusat mahupun pusat zakat.

Seluruh negara hari ini mengetahui bahawa kerajaan pusat memberikan BR1M kepada setiap isi rumah berpendapatan bawah RM 3 ribu dan RM 4500, dan bagi golongan muda yang belum berkerja juga layak untuk memohon.

Bagi ibu tunggal dan orang kelainan upaya pula, Jabatan Kebajikan kebiasaannya akan memberikan bantuan bulanan kepada mereka.

Jadi siapa sebenarnya sasaran yang nak diberikan oleh Azmin Ali dalam program KISS ni?

Jika tiada siapa yang layak, atau hanya segelintir.yang layak, maka peruntukan lebihan daripada RM 72 juta tadi nak dibawa ke mana?

Rakyat Selangor sepatutnya sedar bahawa mereka kini sedang dipergunakan oleh Azmin untuk mengaut keuntungan.


Selasa, 12 Disember 2017

CONFIRM RAFIZI GUNAKAN ISU RAHMAN DAHLAN UNTUK DAPATKAN DANA POLITIK @NajibRazak @zahid_hamidi @mpkotabelud @tunfaisal

Kisah fitnah yang dilakukan oleh Rafizi terhadap Datuk Seri Rahman Dahlan baru baru ini menjadi semakin panas apabila Rahman Dahlan akan mengambil tindakan menyaman Rafizi atas fitnah yang disebarkan oleh beliau.

Tapi sebenarnya ada kisah di sebalik mengapa Rafizi begitu berani mengeluarkan finah tersebut dan adalah amat mustahil beliau tidak tahu tentang apa yang dilakukan oleh beliau.

Rafizi kini sebenarnya sedang mencari dana bagi pilihanraya akan datang dan hanya dengan dikenakan saman ke atas beliau maka dana berkenaan akan diperolehi.


Seperti yang pernah berlaku tak berapa lama dulu, Rafizi telah disaman oleh National Feedlot Corporation atau NFC sebanyak RM 300 ribu dan beliau dengan pantas membuat rayuan mendapatkan sumbangan orang ramai.

Jumlah saman yang dikenakan oleh NFC adalah sebanyak RM 300 ribu tetapi jumlah yang berjaya dikumpul oleh Rafizi melalui sumbangan adalah sebanyak RM 1.5 juta ringgit.

Ini bermakna masih ada lebihan sebanyak RM 1.2 juta selepas ditolak pembayaran kepada NFC.

Kini Rafizi bakal berdepan lagi dengan saman fitnah iaitu memfitnah Datuk Seri Rahman Dahlan dan tidak mustahil perkara sama.akan berlaku dan jika lebih besar nilai saman keatas beliau maka lebih besar dana akan diperolehi.

Ada juga kemungkinan bahawa wang ini bukanlah sumbangan orang ramai tetapi ianya hanyalah untuk mengaburi mata kerajaan dengan bersandarkan ayat sumbangan.

Kerajaan perlu juga melihat adakah akaun yang digunakan oleh Rafizi benar benar mempunyai transaksi sepertimana yang diperkatakan oleh Rafizi atau ianya sekadar kenyataan?



Isnin, 11 Disember 2017

RAFIZI RAMLI BAKAL BERDEPAN DENGAN SATU LAGI SAMAN FITNAH @NajibRazak @Zahid_Hamidi @mpkotabelud @tunfaisal

Sejak sekian lama rakyat Malaysia kerap kali dimomokkan dengan fitnah dan pemfitnah paling tegar di kalangan pembangkang pula ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Sejak semalam dan hari ini tular di media sosial tentang fitnah Rafizi yang mengatakan bahawa program Expo Negaraku yang berlangsung di Dataran Merdeka di laksanakan oleh adik beradik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Rahman Dahlan.

Hanya kerana nama bapa yang serupa, maka Rafizi dengan pantas mengatakan bahawa Raslan Dahlan adalah abang kepada Rahman Dahlan.

Isu ini agak hangat dan YB Datuk Seri Rahman Dahlan menerusi akaun twitter milik beliau mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan peguam bagi mengambil tindakan terhadap Rafizi yang cuba memfitnah beliau dalam isu barkenaan.


Rafizi Ramli memang terkenal sebagai pengeluar fitnah bagi pihak pembangkang dengan harapan kerajaan dipandang buruk di mata masyarakat.

Tapi agak menghairankan apabila walaupun tahu bahawa si Rafizi ni raja fitnah, masih ramai lagi yang mempercayai kata kata beliau.

Mungkin kali ini Rafizi perlu sekali lagi memohon derma bagi membantu beliau membayar saman dan kos guaman kerana memfitnah Rahman Dahlan.

Cuma satu Sangkakala minta supaya kerajaan memantau sama ada benar wang yang diterima oleh Rafizi merupakan sumbangan orang ramai atau ada pihak yang menaja beliau bagi mengeluarkan kenyataan kenyataan kontroversi bagi memudahkan pengaliran wang masuk ke dalam Malaysia bagi membiayai politik pembangkang.




LEMAN RAJA LAWAK MELELEH TENGOK DIRA ABU ZAHAR

Kenyataan Dira Abu Zahar dalam perhimpunan Puteri UMNO Malaysia jelas membuatkan beberapa orang pemimpin pakatan panas.

Salah seorang yang terkesan ialah Sulaiman atau Leman Raja Lawak yang bingkas membuat kenyataan mengajak Dira untuk berdebat demi mempertahankan Fathia Latiff yang dilihat kerap kali mengeluarkan kenyataan menentang kerajaan.


Cuma disini Sangkakala agak hairan, kenapa Leman ajak Dira berdebat sedangkan ramai lagi kepimpinan UMNO di peringkat pemuda boleh diajak debat bersama beliau?

Adakah kerana ingin menarik perhatian Fathia atau sengaja hendaj duduk sepentas bersama Dira?

Jika dikatakan hendak mempertahankan rakan artis, Leman rasanya belum latak digelar artis memandangkan beliau bukanlah seorang pemenang dalam rancangan Raja Lawak.

Kalau setakat masuk pertandingan kemudian tersingkir dan sudah dikira artis, ramai lagi artis diluar sana termasuklah yang masuk pertandingan karaoke terbuka anjuran beberapa pihak sebelum ini.

Atau Leman saja nak cari publisiti memandangkan populariti beliau kini agak jatuh apabila menyertai PAN.

Sangkakala nasihatkan kepada bekas peserta Raja Lawak ni, tak perlu la buat lawak dalam parti PAN pula sebab ianya takkan membawa kepada kemenangan.



TUN M PULANGKAN DARJAH KEBESARAN NEGERI SELANGOR @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Hari ini adalah hari kebesaran bagi negeri Selangor iaitu hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Selangor.

Hari ini juga menjadi saksi apabila Tun Mahathir memulangkan semula 2 Darjah Kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada beliau dulu.


Bagi Sangkakala, ini hanyalah retorik semata mata memandangkan banyak lagi pingat dan Darjah Kebesaran yang Tun M perolehi dari Raja dan Sultan di seluruh negara tapi kenapa hanya memulangkan Darjah Kebesaran Selangor?

Jika Tun Mahathir memulangkan Darjah berkenaan kerana kemurkaan Baginda apabila Tun M menyentuh tentang orang Bugis, maka beliau perlu juga memulangkan semula Darjah Kebesaran Pahang, Johor dan lain2 negeri termasuk Darjah Kebesaran Persekutuan yang beliau pernah terima.

Jadi kepada Tun Mahathir, tak payah berlakon sangat la, sebab lakonan tu hanya laku pada pengikut parti Bunga, pada rakyat, Tun Mahathir tetap pengkhianat bangsa Melayu.


Isnin, 4 Disember 2017

#PAU17 WAN ASSHIMA JUGA BIASA TERLIBAT DALAM MAKSIAT ??

Sangkakala rasa terpanggil untuk membalas semula tuduhan bekas AJK Puteri UMNO Bahagian, Wan Asshima yang kini sudah menjadi ustazah segera PAS.

Beliau mengatakan bahawa banyak perlakuan maksiat semasa perhimpunan Agung UMNO selama 17 tahun berada dalam parti tersebut.

Sangkakala ingin ajukan soalan kepada Wan Asshima, adakah apa yang diucapkan oleh beliau merupakan pengalaman atau hanya pengetahuan beliau selama berada dalam UMNO?


Kalau diikutkan dari kenyataan, Wan Asshima begitu yakin bahawa perlakuan tersebut berlaku dan jika ianya berlaku adakah Wan Asshima juga merupakan individu yang terlibat?

Jika beliau hanya menggunakan pengetahuan, pengetahuan itu mestilah diperolehi daripada satu pemberitahuan dan sejauh mana pemberitahuan itu benar sepertimana keyakinan beliau mengeluarkan kenyataan?

Setahu Sangkakala, Wan Asshima bukanlah seorang perwakilan tetap ke himpunan Agung UMNO sebab beliau bukanlah Ketua Puteri Bahagian yang merupakan perwakilan tetap.

Jika Wan Asshima ingin menjadi perwakilan, maka beliau perlu bertanding sebagai perwakilan di peringkat bahagian.

17 tahun bukanlah waktu yang singkat untuk beliau berdiam diri jika perkara tersebut benar benar berlaku dan kenapa sekarang baru Wan Asshima membongkar perkara yang dikatakan berlaku dalam setiap kali perhimpunan UMNO?

Untuk mencari publisiti murahan bukanlah perkara yang sukar, ianya amat mudah jika hendak dilakukan.

Satu perkara yang terdapat dalam benak Sangkakala sekarang ini ialah, adakah Wan Asshima juga terlibat dalam perlakuan tersebut hingga membuatkan beliau begitu berpengalaman?

Mungkin lepas ni Wan Asshima perlu pula melihat ke dalam PAS, parti baru yang beliau sertai, adakah sebersih bersih parti hingga Mustafa Ali mempunyai sebuah video yang disebarkan tidak lama dulu?

Sangkakala ingin nyatakan disini bahawa Wan Asshima merupakan seorang puteri UMNO yang gagal membawa maksud parti hingga membuatkan beliau rasa patut meninggalkan UMNO dan menyertai parti lain.

Sebagai seorang ahli parti, Wan Asshima pernah dibawa sebagai penceramah namun beliau gagal kerana apa yang disampaikan langsung tidak difahami oleh mereka yang hadir dan ada yang mengatakan bahawa ceramah beliau tidak membawa apa apa makna.

Ada juga yang mengatakan bahawa ceramah beliau hanya ceramah syok sendiri hingga membuatkan tidak ada lagi orang yang ingin membawa beliau untuk berceramah.

Itu adalah salah satu kegagalan Wan Asshima selama beliau dalam UMNO dan ada lagi yang Sangkakala buka sikit hari lagi.






Ahad, 3 Disember 2017

ANAK SAUDARA MENTERI BESAR SELANGOR TERANIAYA ?? @NajibRazak.@zahid_hamidi @mynohomar @tunfaisal

Ramai yang menghentam anak saudara Azmin Ali, Menteri Besar Selangor apabila ditangkap oleh SPRM bersama wang tunai berjumlah RM 4 juta.

Tapi berapa ramai yang tahu apa kisah sebenar yang berlaku hingga beliau ditangkap oleh SPRM.


Jika SPRM mengatakan bahawa kekayaan anak saudara Azmin Ali ini berpunca daripada gejala rasuah yang melibatkan perlombongan pasir di Selangor, Sangkakala merasakan ada kebenarannya.

Semua orang tau bahawa perniagaan pasir di Selangor sudah seperti perniagaan emas ekoran harganya yang melambung tinggi.

Tapi dalam kes anak saudara Azmin Ali ini, adakah beliau bergerak sendirian? Bagaimana Nurul Fadli mampu untuk memperolehi wang sebegitu banyak?

Ummi Hafilda Ali juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa Nurul Fadli telah dipergunakan oleh Azmin dalam menutup segala kegiatan rasuah dan salah guna kuasa beliau di Selangor.

Sangkakala juga percaya bahawa bukan sahaja Nurul Fadli, malah akan ada tangkapan lain yang bakal dilakukan oleh Azmin Ali.

Kalau dulu pegawai khas Ahli Parlimen Ampang, Adam Rosly ditangkap kerana disyaki mengamalkan rasuah hingga mempunyai kekayaan luar biasa, kini giliran sebelah Azmin Ali pula bakal terbongkar.

Sabtu, 2 Disember 2017

KEHADIRAN @Khalid_ibrahim BUAT AZMIN ALI TAK LENA TIDUR @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Konvension UMNO Selangor hari ini dikejutkan denga kehadiran dua orang Mantan Menteri Besar iaitu Tan Sri Mohammad Mohd Taib dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Desas desus bahawa Tan Sri Khalid akan membantu Barisan Nasional untuk merampas kembali kerajaan Selangor jelas terbukti pada hari ini.


YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga merasakan keyakinan bahawa Barisan Nasional mampu untuk merampas kembali kerajaan negeri dengan bantuan 4 orang mantan Menteri Besar yang mempunyai pelbagai pengalaman dalam mentadbir negeri.

Ini sudah pasti membuatkan keresahan di hati Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden parti Keadilan dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan kerajaan negeri.



Rabu, 29 November 2017

KETUA PEMUDA PAN KELANTAN KANTOI MENIPU @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Kalau ye pun nak hantar bantuan, tak perlu lah sampai nak menipu orang ramai kononnya betapa seksa nak menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir.

Bila dah kantoi menipu kan ke kesipuan sendiri sudahnya.


Kenderaan pacuan 4 roda hanya tenggelam suku tayar tapi Ketua Pemuda PAN Kelantan pula tenggelam sampai paras pinggang.

Hebat betul puak puak ni dalam kerja kerja pembohongan, tapi kuasa Allah untuk menunjukkan pembohongan itu lebih besar.

Sama juga seperti Wan Azizah yang melambai dari dalam kenderaan pacuan 4 roda kepada motor dan.basikal baru bari ni di Pulau Pinang.

Memang orang Pakatan Harapan ni dilatih untuk menipu agaknya.


Isnin, 27 November 2017

KU NAN DIKECAM HEBAT AKIBAT PERKATAAN SLOW LEARNER @NajibRazak @zahid_hamidi @tengkuadnanreal @tunfaisal

Sehari dua ni Sangkakala dapat melihat ada pihak yang menghentam Menteri Wilayah, YBM Datuk Seri Tengku Adnan kerana perkataan 'slow learner' yang diucapkan dalam satu program baru baru ini.

Apa yang Sangkakala perhatikan ialah, ada segelintir pihak yang sebenarnya mengambil tindakan menangguk di air keruh dengan memutarbelitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ku Nan.


Seperti yang kita semua maklum, ITM atau kini dikenali sebagai UITM merupakan tempat dimana anak anak Melayu yang mendapat keputusan kurang cemerlang diberi tempat untuk menyambung pelajaran.

Maksud Ku Nan dalam ucapan beliau ialah, anak Melayu perlu sedar bahawa taraf pendidikan anak Melayu itu di berikan peluang oleh kerajaan walaupun mereka ini mendapat keputusan yang kurang cemerlang, itu maksud slow learner.

Bukan menghina pelajar UITM sebagai slow learner sepertimana yang di putar belitkan oleh mereka yang ada kepentingan politik.

Kepada pelajar pelajar UITM pula, cuba tengok keputusan SPM anda, adakah ianya membolehkan anda masuk ke Universiti atau IPTA lain selain dari UITM? Mungkin ada yang malu untuk mengaku, tapi senyum sendiri pun dah membuktikan setakat mana pembelajaran anda.



Sabtu, 25 November 2017

TUDUHAN MELULU KEATAS SEKOLAH !! KPM PERLU AMBIL TINDAKAN TEGAS !! @NajibRazak @zahid_hamidi @mahdzirkhalid @tunfaisal

Tular di laman media sosial apabila seorang pengguna mengemukakan kenyataan baawa seorang murid tidak dibenarkan untuk mengambil slip keputusan UPSR dan sijil sekolah kerana gagal membayar YURAN sekolah.

Rata rata netizen menanyakan soalan nama sekolah seperti yang di dakwa oleh seorang pengguna laman facebook dengan memggunakan nama Dzul Faa.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1528669447200945&id=100001737147821


Begitu banyak komen yang bertanyakan soalan dimana kedudukan sekolah berkenaan namun pemilik akaun tersebut membisu dengan tidak menyatakan dimana sekolah berkenaa.

Bagi Sangkakala, setelah begitu banyak komen yang bertanya tentang nama dan kedudukan sekolah tidak dijawab, maka ianya boleh dianggap sebagai tuduhan palsu dan ada kemungkinan ianya adalah untuk menjatuhkan reputasi sekolah atau Kementerian Pendidikan.

Oleh yang demikian, Sangkakala melihat bahawa ada keperluan pihak Kementerian Pendidikan membuat laporan kepada pihak berwajib untuk menyiasat perkara tersebut dan jika benar seperti.yang didakwa oleh pemilik akaun Dzul Faa, maka satu tindakan perlu diambil terhadap sekolah berkenaan.

Tetapi jika kenyataan daripada Dzul Faa ini tidak benar, maka pihak KPM perlu juga mengambil tindakan yang mana berita palsu ini sudah tular dikalangan masyarakat.



Jumaat, 24 November 2017

USTAZ ABDULLAH KHAIRI SEKARANG MENJAJA FITNAH !! @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Memang benar jika seorang uang berkata kata sedangkan dia bukan ahlinya maka dikhuatiri ianya akan menjadi fitnah.

Itulah yang berlaku kepada seorang ustaz yang cuba untuk menjadi ahli ekonomi sedangkan beliau bukanlah ahli ekonomi hingga mengeluarkan kenyataan berupa fitnah dengan mengatakan bahawa tiada jalanraya bertol di Thailand.


Kenyataan Ustaz Abdullah Khairi telah menjadi bualan dalam media sosial dan rata rata netizen mengkritik beliau dengan mengatakan bahawa ustaz Abdullah tidak layak untuk bercerita berkenaan dengan ekonomi jika beliau tidak tahu apa apa.

Sebenarnya di Thailand juga ada tol dan dakwaan Abdullah adalah tidak benar sama sekali.


Sangkakala rasa elok le Ustaz Abdullah nemohon maaf atas kekhilafan beliau dan berhentilah daripada mengeluatkan kenyataan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai.

Seorang pendakwah eloklah berdakwah ke jalan yang diberkati oleh Allah SWT daripada mengeluarkan kenyataan kenyataan yang boleh.memberikan kesan negatif keatas mana mana pihak terutamanya diri sendiri.


Khamis, 23 November 2017

NA'UZUBILLAH !! AKIBAT DARIPADA KRISTIAN MENJADI KETUA !! AGAMA ISLAM DI PANDANG SEPI @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Keseluruhan umat Islam di dunia ini mengetahui bahawa orang Kristian memang sengaja untuk mencari sebab agar mereka boleh menidakkan kehadiran agama Islam.

Ini jelas berlaku di seantero dunia yang memperlihatkan begitu banyak kekangan untuk agama Islam itu di dakwahkan kepada masyarakat.

Tapi ini tidak berlaku di Malaysia yang mana agama Islam diangkat menjadi agama Persekutuan yang mana ianya boleh diamal dan di dakwahkan malah kerajaan juga dibenarkan untuk meberikan peruntukan bagi kerja kerja ibadat atau dakwah.

Namun begitu, nampak gayanya sudah ada permulaan untuk menghalang kemaraan agama Islam untuk diperkukuhkan dan ini berlaku di Negeri Selangor baru baru ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Hannah Yeoh yang merupakan seorang pengikut Kristian tegar, telah menolak usul yang dibawa oleh ADUN BN berkenaan dengan memperkasakan mahkamah syariah di negeri tersebut.


Ini baru satu contoh kecil apabila puak puak pakatan yang diketuai oleh DAP mendapat kuasa dan cuba bayangkan apa akan berlaku jika mereka ini berjaya untuk memegang tampuk kerajaan pusat. Adakah mereka akan berlaku adil kepada agama Islam di Malaysia?

Fikir fikirkanlah, DAP sudah pasti tidak akan menyokong Melayu serta Islam, tapi masih ada lagi Melayu Islam yang cuba untuk bersekongkol dengan mereka hanya semata mata kerana kuasa.



Ahad, 19 November 2017

HANYA DAP MAMPU HIDUPKAN ORANG DAH MATI @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Pemilihan CEC DAP baru baru ini sebenarnya telah menunjukkan sokongan terhadap DAP yang selama ini terkenal dengan sikap mementinhjan diri sendiri di kalangan pemimpin mereka.

Hanya sekitar 45% sahaja kehadiran perwakilan semasa pemilihan diadakan dan ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan DAP hari ini sudah tidak lagi disenangi oleh ahli akar umbi parti tersebut.

DAP yang selama ini melaungkan bahawa mereka menerima semua kaum di Malaysia juga telah memperlihatkan bahawa mereka berbohong sama sekali semasa pemilihan ini berlangsung.

Wakil wakil dari Melayu DAP hanya mendapat undi paling minima dan mendiang Karpal Singh yang telah meninggal dunia berjaya mendapat undi mengatasi calon calon Melayu yang bertanding.


Bayangkan mendiang Karpal berjaya memperolehi 43 undi sedangkan 3 calon seperti gambar diatas hanya berjaya mendapat belasan undi jauh ketinggalan di belakang Karpal.

Mungkin lepas ni akan ada yang mengatakan bahawa Zairil Khir Johari merupakan wakil Melayu dalam DAP dan ini sebenarnya kenyataan daripada orang yang tak tau sejarah siapa Zairil yang sebenarnya.

Jadi disini Sangkakala nak tanya, adakah parti seperti DAP mahu membela orang Melayu sedangkan tiada wakil Melayu yang diterima sebagai pemimpin dalam parti mereka?



Sabtu, 18 November 2017

TAK MENGAKU SALAH SENDIRI !! AKHIRNYA TUDUH ROS TAK BETUL !! @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Agaknya dah memang menjadi kelaziman dalam Pakatan apabila melakukan kesilapan maka akan ada orang lain atau pihak lain yang akan dikambing hitamkan.

PPBM baru baru ini ditegur oleh pihak ROS yang mengatakan bahawa parti berkenaan telah melanggar perlembagaan parti dah salah satu daripadanya adalah dengan mewujudkan sayap ARMADA yang mana ianya tidak terdapat dalam perlembagaan.


Pihak PPBM juga didapati gagal untuk melaksanakan mesyuarat agung kali pertama selepas parti itu ditubuhkan selama setahun sejak bulan september 2016.

Tapi macam biasa, PPBM mula menyalahkan ROS yang dikatakan tidak adil sedangkan sebelum menubuhkan parti PPBM sudah pasti semua undang undang ROS dan perlembagaan PPBM itu sendiri di selidik dengan teliti.

Sangkakala sebenarnya tak merasa hairan atau terkejut jika PPBM di haramkan kerana ianya diterajui oleh Tun Mahathir yang juga pernah membuatkan UMNO diharamkan satu masa dulu dan kini ianya berlaku pula dalam parti beliau sendiri.

Jadi disini kita sama sama tunggu apa cerita selanjutnya kisah PPBM, adakah mereka nanti akan layak untuk meletakkan calon dan bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Khamis, 16 November 2017

LAGI DUIT KERAJAAN NAK DI BAWA LARI UNTUK POLITIK @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Sistem amaran bencana dalam Malaysia ni rasanya dah cukup baik dan seperti yang dikayakan oleh YB Datuk Abu Bakar Mat Diah, Timbalan Menteri MOSTI dalam parlimen baru baru ini, amaran hujan lebat telah dikeluarkan pada 1 November 2017.

Tapi ada kerajaan negeri yang tidak mengambil endah akan perkara tersebut hingga membuatkan keadaan banjir diterima tanpa persediaan seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang baru baru ini.

Apa yang menghairankan ialah, Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang bercadang pula untuk mengambil teknologi dari luar negara kononnya teknologi yang ada di Malaysia ramalannya tidak tepat.


Amaran cuaca dari mana sekalipun hanyalah ramalan dan ianya bukan tepat 100% sepertimana yang dikatakan oleh Guan Eng sebab namanya pun ramalan.

Apa yang Sangkakala nampak disini, Guan Eng cuba menangguk di air keruh kerana untuk membeli atau membina atau apa sahaja sekalipun amaran kaji cuaca ini ianya bukanlah melibatkan kos yang sedikit dan sudah pastilah ianya akan menggunakan duit rakyat khususnya di Pulau Pinang.

Sepertimana terowong dasar laut yang kononnya hendak dibina oleh kerajaan Pulau Pinang, kos perunding sahaja menelan belanja ratusan juta ringgit sedangkan projek berkenaan tidak dilakukan langsung.

Apakah ini juga nanti akan menjadi seperti mana yang berlaku dalam kes terowong dasar laut? Atau adakah wang ini sebenarnya hanyalah untuk mengaburi mata rakyat dalam usaha Guan Eng dan DAP mencari dana untuk pilihanraya akan datang?

Kita semua tahu bahawa Guan Eng dan pemimpin DAP yang lain amat licik dalam usaha untuk mengaut seberapa banyak wang rakyat yang ada dalam simpanan kerajaan negeri dan dengan mengatakan bahawa untuk membina sistem amaran ini, maka Guan Eng akan dilihat mulia kerana berbelanja untuk rakyat sedangkan perbelanjaan itu akan masuk ke dalam poket DAP.



Rabu, 15 November 2017

ASTAGHFIRULLAH !! SYED SADDIQ DENGAN AZMIN ALI NI DAH BUANG TEBIAT KE ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Agaknya otak pemimpin pembangkang ni memang diletakkan di tempat yang tak sepatutnya kot.

Sejak beberapa hari lepas tular di laman sosial yang menunjukkan Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan dalam laman twitter milik beliau.


Apa sebenarnya yang hendak di sampaikan oleh Syed Saddiq ketua Armada parti Bunga ni? Nak mengajar remaja tentang seks selamat? Bukan ke mencegah berlakunya seks luar nikah itu lebih baik daripada mencegah berlakunya kehamilan?

Mungkin juga Syed Saddiq mengamalkan seks selamat dengan anak Azmin Ali di Paris baru baru ni dalam percutian dan sebab itu juga Azmin Ali tak kisah kalau anak dia tidur sebilik dengan Syed Saddiq.


Yang si Azmin Ali pula dikatakan akan memberikan kondom secara percuma bagi mengelakkan jangkitan HIV atau AIDS dalam program peduli sihat.


Hanya di Selangor, kondom diberikan secara percuma tapi plastik perlu dibeli dengan nilai 20 sen di semua tempat di negeri Selangor.



Selasa, 14 November 2017

MUKHRIZ BAKAL SAMAN ANAK SENDIRI @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Sangkakala terbaca dalam portal Sinar Harian yang mengatakan bahawa DS Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah sedang mempertimbangkan untuk menyaman mereka yang menularkan gambar anak beliau diatas bot mewah.


Mungkin Mukhriz terlupa agaknya, yang pertama sekali memuat naik gambar tersebut adalah anak beliau sendiri di dalam lama Instagram.

Gambar itu kemudian di ambil dan di kongsi oleh penggiat media yang lain mengikut definasi mereka sendiri.

Mukhriz mengatakan bahawa gambar itu difitnah dengan mengatakan bahawa kekayaan atau kemewahan tersebut adalah hasil dari duit curi dan beliau menafikan tuduhan tersebut.

Bagi Sangkakala, jika setakat penafian sahaja tidak memadai ianya perlu di nyatakan sebab, sebagai contoh, dalam mahkamah juga seorang pencuri akan mengatakan bahawa dirinya tidak mencuri hinggalah si pencuri tadi boleh membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah.

Berbalik kepada cerita saman menyaman tadi, jika benar Mukhriz ingin mengambil tindakan, maka orang pertama yang perlu disaman ialah anak beliau sendiri kerana disitu punca gambar tersebut tular di laman sosial.



Isnin, 13 November 2017

GUAN ENG BUTA ATAU SAJA BUAT BUTA ?? @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Kalau Sangkakala katakan membantu DAP hanya seperti menolong anjing yang tersepit radanya adalah amat sesuai dan tepat jika ditujukan kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Hari ni Guan Eng mempertikai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan pusat kepada Pulau Pinang yang dilanda musibah banjir baru baru ini.


Guan Eng telah membuat panggilan telefon kepada YAB Timbalan Perdana Menteri seawal jam 3.30 pagi memohon bantuan kerajaan pusat apabila negeri tersebut dilanda banjir.

Kerajaan pusat pula telah menghantar bantuan dengan kekuatan yang besar bagi membantu rakyat yang ditimpa bencana.

Namun kenyataan Guan Eng yang menyatakan bahawa tiada bantuan dari kerajaan pusat jelas menunjukkan bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang tau berterima kasih malahan cuba menunjukkan keburukan kerajaan yang memberikan bantuan.


Adakah Guan Eng buta atau buat buat buta dengan menidakkan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan pusat kepada Pulau Pinang?

60 buah kontena mengandungi pelbagai keperluan disalurkan oleh Kelab Putra 1 Malaysia melalui YB Dato Seri Aziz Rahim dan peruntukan berjumlah RM 1 Billion untuk tebatan banjir hanyalah sebahagian daripada bantuan yang disalurkan.

Bantuan daripada Jabatan RELA pula berjumlah RM 90 ribu ringgit dengan kekuatan anggota seramai 500 orang digerakkan bagi membantu mangsa di negeri tersebut.

Jadi disini, pengundi boleh menilai siapa DAP selama ini, kalau bantuan yang jelas berada di hadapan rakyat di tidakkan kewujudannya, apatah lagi bantuan bantuan lain yang disalurkan selama ini.



ASTAGHFIRULLAH !! KERANA TERLALU KAYA SAMPAI LUPA AGAMA !! @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Mungkin kerana terlalu dihimpit oleh wang yang menimbun, maka agama sudah tidak lagi menjadi pegangan kepada segelintir manusia.

Anjing adalah salah satu haiwan yang tersebut didalam Islam sebagai najis mughallazah yang mana jika tersentuh maka perlu disamak dengan air tanah.

Tapi bagi mereka yang kaya raya mungkin trend membela anjing ini adalah sebagai salah satu cara untuk menunjukkan kekayaan mereka.


Seperti yang dilakukan oleh Othman Mirzan, cucu Tun Mahathir, seorang bekas Perdana Menteri yang memuat naik gambar beliau tidur bersama anjing di laman Instagram milik beliau menunjukkan betapa golongan ini begitu rendah tahap agamanya.

Sangkakala pula mula terfikir, adakah Tun Mahathir gagal untuk memberikan didikan agama kepada anak anak beliau hingga cucu cucu beliau seolah olah tiada langsung berfikiran tentang agama.

Tapi mungkin apa yang Sangkakala fikirkan itu ada juga kebenarannya apabila memikirkan ada dikalangan anak Mahathir yang menentang Islam secara terang terangan.



MISI SELAMATKAN MALAYSIA ATAU SELAMATKAN KRONI ?? @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Sejak serangan Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri, kita kerap kali disajikan dengan ayat Selamatkan Malaysia.

Namun dari apa yang berlaku, Tun Mahathir dilihat bikan secara jujur untuk menyelamatkan Malaysia tetapi Negarawan tersebut dilihat hanya berminat untuk menyelamatkan kroni kroni beliau yang semakin nazak.


Tun Mahathir juga kerap kali mempersoalkan tentang kehidupan mewah Najib Razak selaku Perdana Menteri hingga terlupa bahawa beliau juga mendapat kemudahan sama semasa menjawat jawatan berkenaan.

Namun kini selepas bersara daripada menjadi Perdana Menteri, kita dihidangkan pula dengan gambar gambar kehidupan mewah anak cucu Mahathir.

Adakah semua kemewahan ini datang secara bergolek atau ada sesuatu yang dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dulu.

Kehidupan Tun Mahathir sebelum menyertai politik hanyalah sebagai Doktor biasa dan kemudian menjawat pelabagai jawatan dalam kerajaan selepas menyertai arena politik tanah air.

Persoalannya, bagaimana Tun Mahathir boleh mengumpul kekayaan sebegitu rupa? Adakah benar seperti apa yang diungkapkan oleh Tun Mahathir sendiri iaitu GAYA HIDUP MEWAH PETUNJUK SESEORANG ITU RASUAH.

Adakah Tun Mahathir atau anak anak beliau mengamalkan rasuah hingga boleh bermewah mewah kini?


Ahad, 12 November 2017

@AzminAli LEKA BERMAIN LUMPUR DI PULAU PINANG HINGGA LUPA DENGAN SELANGOR @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Seminggu lepas tular di media sosial tentang kejadian banjir yang berlaku di Pulau Pinang hingga membuatkan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri dari DAP meminta bantuan daripada kerajaan pusat dengan membuat panggilan telefon kepada YAB Timbalan Perdana Menteri pada jam 3.30 pagi.

Sehubunhan dengan itu maka kerajaan pusat telah menghantar bantuan segera bagi membantu Pulau Pinang yang mana rakyatnya amat memerlukan bantuan.

Tidak ketinggalan yang memberi bantuan ialah Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang turut menghantar pasukan bagi menghulurkan bantuan.


Namun begitu, Azmin Ali terlupa bahawa di negeri Selangor juga kejadian banjir kerap berlaku dan dua hari lepas, satu kejadian banjir kilat telah dilaporkan berlaku di Selangor.

Apa pula tindakan Azmin Ali apabila rakyat Selangor ditimpa musibah yang sama? Adakah cukup dengan bonus gula gula kepada penjawat awam maka kejadian banjir ini dilupakan begitu sahaja? Ramai netizen dikalangan rakyat Selangor mengeluh apabila mereka tidak mendapat pembelaan sepertimana yang dilakukan oleh Azmin kepada Pulau Pinang.


Jumaat, 10 November 2017

@AzminAli TAKUT DENGAN AKHBAR BERBANDING RAKYAT @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Semalam keluar satu surat pekeliling yang meminta semua jabatan dan agensi serta anak syarikat kerajaan Negeri Selangor agar menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.


Kerajaan Selangor hari ini nampaknya risau dengan fakta fakta yang dikeluarkan oleh Utusan kerana ianya akan memberikan maklumat tepat kepada penjawat awam serta kakitangan dibawah naungan kerajaan negeri pada hari ini.

Akhbar SelangorKini dibenarkan pula disebarkan di masjid masjid walaupun ianya mengandungi banyak berita berita berunsur fitnah serta mengganggu solat Jumaat.

Namun begitu, rakyat Selangor hari ini sudah mula membuka mata tentang kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Azmin Ali.

Rakyat sebenarnya sudah muak dan jelak dengan segala pembohongan kerajaan negeri yang mengatakan bahawa mereka akan membela nasib rakyat namun ramai dikalangan mereka teraniaya.

Jadi walaupun akhbar Utusan dan Berita Harian dihentikan langganan, ianya takkan menghalang rakyat untuk mendapat maklumat tepat tentang kebajikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional.


Rabu, 8 November 2017

2.9 BILLION HILANG DALAM SIMPANAN KERAJAAN ??? APA SUDAH JADI ?? @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Peruntukan yang disedikan untuk rakyat nampak gayanya hilang dalam simpanan kerajaan negeri Selangor.

Sebanyak RM 2.9 billion peruntukan MARRIS yang disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri hilang tidak dapat dikesan.

Azmin Ali dengan bangganya menyebut bahawa rizab kerajaan negeri berjumlah lebih dari 3 billion dan dalam belanjawan negeri yang dibentangkan baru baru ini, defisit lebih RM 800 juta pula yang kelihatan.


Datuk Mat Nazari Ahmad Dahalan mengemukakan soalan kemana duit MARRIS ini dibelanjakan kerana exco perumahan pernah menyatakan bahawa peruntukan MARRIS ini akan digunakan untuk menyelenggara kawasan perumahan sedangkan peruntukan tersebut bukanlah diberikan untuk tujuan itu.

Jadi kemana duit untuk menyelenggara jalan dan sistem perparitan yang disalurkan oleh kerajaan pusat mengikut peruntukan MARRIS??

Selasa, 7 November 2017

BANJIR PENANG !!! WAN AZIZAH RELA KE PENJARA @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Kebanyakan Menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri turun ke Pulau Pinag bagi melihat mangsa banjir dan memberikan bantuan kepada mangsa tanpa mengira fahaman politik.

Namun apa yang dilakukan oleh Wan Azizah yang juga merupakan Presiden PKR serta Ahli Parlimen di Pulau Pinang amat mengecewakan sekali.

Hanya melawat sambil menaiki kenderaan pacuan empat roda serta melambai tangan kepada mangsa dilihat satu tindakan lebih kepada meminta populariti semata mata.



Sepatutnya Wan Azizah lebih mengambil berat tentang rakyat di Pulau Pinang serta para pengundi tapi apa yang berlaku seterusnya seperti gambar di bawah adalah amat memeranjatkan.


Wan Azizah lebih rela berada di hadapan penjara untuk melakukan himpunan 1000 hari Anwar Ibrahim yang juga merupakan suami beliau daripada membawa pengikut untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri sendiri turun padang melihat permasaalahan yang dihadapi oleh mangsa banjir atas dasar kemanusiaan dan atas dasar sebagai pemimpin kepada rakyat.



Begitu juga dengan Menteri Pertahanan, YB Datuk Seri Hishammuddin yang turun untuk melihat perkembangan kejadian banjir yang boleh dikatakan terburuk melanda negeri tersebut.


Tidak ketinggalan Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar juga melawat mangsa banjir dan memantau operasi yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pulau Pinang.


Persoalannya disini, adakah Wan Azizah terlepas daripada tanggungjawab bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang sehingga beliau sanggup meninggalkan mereka hanya semata mata mahu mendapatkan simpati orang ramai kepada Anwar yang dijatuhi hukuman akibat salah laku seks luar tabii?

Jika ini sikap pemimpin pembangkang, bagaimana mereka ini layak untuk mentadbir negara dan jika negara dalam masaalah, adakah mereka ini akan tampil ke hadapan untuk mencari jalan penyelesaian?

Sama sama kita fikirkan dan perlu diingat dengan menolak Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang akan membantu kita untuk menyelesaikan banyak perkara.