Jumaat, 18 November 2016

ZURAIDA RISAU BERTEMBUNG DENGAN JAMAL YUNOS DALAM HIMPUNAN @NajibRazak @NohOmar

Esok adalah hari dimana puak puak BERSIH akan mengadakan himpunan di Dataran Merdeka diikuti dengan kumpulan baju merah yang akan diketuai oleh Dato Sri Jamal Yunos.

Walau pun ditegah oleh pihak polis, tapi nampaknya tidak ada tanda tanda kedua dua pihak akan membatalkan himpunan tersebut.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida pula dilihat seolah olah risau jika dia bertembung dengan Jamal dalam himpunan esok.

Dengan mengatakan bahawa Jamal seperti binatang buas dan meminta pihak Polis menangkap serta mengurung Jamal jelas menunjukkan bahawa Zuraidah juga akan turun ke himpunan esok.


Pihak kumpulan baju merah telah mengatakan bahawa jika tiada puak berbaju kuning, maka tiadalah baju merah dan jika Zuraida merasakan bahawa kehadiran baju merah ini akan membahayakan maka adalah lebih baik jika puak baju kuning batalkan hasrat mereka untuk berhimpun esok.

Pihak berkuasa pula rasanya perlu bersikap lebih adil dimana kita semua tahu bahawa naju kuning ini sebenarnua cuba untuk mengguling kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan ini yang membuatkan baju merah bangkit untuk mempertahankan kerajaan.





Tiada ulasan: