Ahad, 20 November 2016

SELANGOR TERUS JADI JUARA !!! TAHNIAH KERAJAAN NEGERI !! @NajibRazak @NohOmar

Untuk menjadi juara bukanlah perkara mudah bagi sesebuah negeri namun ianya hanyalah perkara biasa bagi negeri Selangor.

Menjuarai kes denggi tertinggi dalam negara sudah menjadi perkara biasa dan selama itu jugalah nampaknya tiada pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membendung penularan kes denggi di negeri Selangor.


Kerap kali diperkatakan tentang bahaya denggi kepada masyarakat namun ianya seolah olah mencurahkan air ke daun keladi dan kerajaan Selangor terus senyap dalam usaha untuk membantu bukan untuk menghapuskan malah untuk mengurangkan juga dilihat seperti tiada hasrat.

Yang menjadi mangsa sudah tentu rakyat Selangor dan yang paling berisiko pula ialah kanak kanak dan ibu mengandung.

Sudah lapan tahun kerajaan pakatan mengambil alih kerajaan negeri Selangor namun seperti tiada noktah penularan wabak denggi malah ianya makin menjadi jadi.

Mungkin itulah harga yang perlu dibayar oleh pengundi pakatan pada dua pilihanraya yang lalu dan jika terus terusan pakatan menerajui kerajaan negeri Selangor, sudah pasti kes denggi juga tidak akan dapat dikurangkan.




Tiada ulasan: