Selasa, 22 November 2016

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA.DI NEGERI SELANGOR @NajibRazak @NohOmar

Semalam UMNO Selangor kehilangan seorang Ketua Bahagian, YM Raja Dato Hanipudin bin Raja Dato Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Petaling Selatan.


Sangkakala tidak terlalu mengenali Allahyarham, tetapi pernah dua tiga kali duduk sama bersembang berkenaan dengan politik tanah air.

Dalam pertemuan pertama, seingat Sangkakala ada bertanya tentang apa jenis perniagaan yang diceburi oleh Arwah, namun jawapan yang Sangkakala dapat berupa jawapan kelakar, kata arwah, dia berniaga goreng pisang.

Itulah Raja Hanipudin yang Sangkakala kenal, walaupun arwah merupakan Pengerusi Eksekutif Kawasaki Malaysia, namun tidak langsung sombong atau riak.

Mengikut resmi padi makin berisi semakin tunduk, pastinya ahli UMNO PJS akan terasa akan kehilangan orang yang amat mengambil berat tentang kebajikan ahli dan pengundi dalam kawasan beliau.

Bukan itu sahaja, UMNO Selangor juga sebenarnya kehilangan sebutir permata yang bernilai.

Semoga Allah SWT menempatkan roh arwah di kalangan orang orang yang beriman dan mendapat keredhaannya.

Al-Fatihah...



Tiada ulasan: