Jumaat, 28 Oktober 2016

AZMIN ALI KANTOI FITNAH UMNO DAN.BARISAN NASIONAL @NajibRazak @NohOmar #scs14

Kecoh baru baru ini apabila Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor mendakwa bahawa pencemaran air yang berlaku di Selangor adalah berpunca dari perbuatan khianat UMNO dan Barisan Nasional.

Tindakan Azmin membuat tuduhan tersebut telah membuatkan beberapa pemimpin pemuda UMNO dari Selangor tampil dengan membuat laporan polis mendesak supaya Azmin Ali mendedahkan bukti jika benar seperti yang beliau dakwa.

Namun sehingga kini Azmin masih tidak mengeluarkan bukti malah mengatakan bahawa bukti berkenaan tidak perlu disebarkan.

Hari ini Menteri Alam Sekitar pula mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan awal mendapati tiada unsur unsur sabotaj sepertimana yang didakwa oleh Azmin di Sungai Langat.


Sangkakala melihat bahawa tindakan Azmin menuduh secara membabi buta itu hanyalah untuk menutup kegiatan kilang haram yang bertebaran di Selangor lebih lebih lagi di pinggir Sungai Langat.

Mungkin denga tindakan menuduh UMNO dan Barisan Nasional maka rakyat akan mengalihkan pandangan daripada kelemahan pemerintahan kerajaan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Azmin Ali sebenarnya adalah Menteri Besar yang gagal apabila tidak mampu untuk memberikan alternatif kepada permasaalahan air di Selangor.

Berbanding Menteri Besar sebelum ini, Azmin dilihat hanya mampu untuk menunding jari menyalahkan pihak lain daripada memerah otak mencari jalan penyelasaian.

Di zaman YB Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar beberapa alternatif di jalankan seperti membuat kolam tadahan air dan penggunaan air lombong bagi mengatasi masalah tersebut walaupun kolam tadahan sehingga kini belum siap dan penggunaan air lombong adalah amat tidak sesuai kerana mengandungi arsenik berlebihan.

Kini Azmin mungkin akan mencari lagi alasan untuk menyelamatkan diri daripada menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar dan kita boleh nantikan tuduhan atau jawapan bodoh yang akan beliau keluarkan sikit masa nanti.



Selasa, 25 Oktober 2016

KERAJAAN MULA GUNAKAN HELAH TAK MASUK AKAL @NajibRazak @NohOmar #scs14

Bukan susah nak menjadi pentadbir bagi sebuah negeri, apabila timbul masalah, ianya boleh dialihkan ke pihak lawan dengan mudah.

Itulah yang dilakukan oleh kerajaan dibawah Azmin Ali yang cuba mengalihkan isu kegagalan mereka memerintah negeri terutama isu air dengan mengalihkannya kepada Barisan Nasional.

Azmin mendakwa bahawa pencemaran air sungai di Selangor berpunca daripada daripada sabotaj yang dilakukan oleh Barisan Nasional.


Tindakan Azmin dilihat lebih untuk menyelamatkan parti penbangkang semata mata dan ianya diharap dapat mengaburi mata rakyat.

Permasaalahan air di Selangor bukanlah perkara baru dan ianya sudah berlarutan selama beberapa tahun.

Seperti kata YB Tan Sri Noh Omar, jika Azmin mempunyai bukti bahawa ianya ada penglibatan Barisan Nasional, kenapa Azmin tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa dan tindakan boleh diambil kepada mereka yang bertanggungjawab.

Azmin juga sebenarnya cuba untuk menutup kesalahan kilang kilang haram yang sebenarnya menjadi punca utama kepada pencemaran sungai dan sekaligus ianya adalah menjadi penyebab kepada permasaalahan air di Selangor.

Kalau setakat nak jadi kerajaan, semua parti mampu jadi kerajaan, namun untuk menjadi kerajaan yang bertanggungjawab hanya Barisan Nasional yang mampu sebagai contoh kerajaan Pakatan di Selangor yang sehingga kini gagal membawa perubahan kepada negeri Selangor.




Ahad, 23 Oktober 2016

Re: OPERASI KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1KDN DI TASIK BANDING @NajibRazak @Zahid_Hamidi #KMK #YOUACT

Pertubuhan bukan kerajaan atau NGO Kesatria Muda Keselamatan yang bernaung dibawah Biro Keselamatan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada hari Jumaat lepas telah meneroka ke Tasik Banding untuk membincangkan pergerakan yang telah dan bakal dilakukan oleh NGO berkenaan.

Dalam masa yang sama, Kesatria Muda Keselamatan yang di Pengerusikan oleh EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YBhg Tuan Haji Mua'amar Ghadafi Jamal bersama rombongan juga berkesempatan melawat perkampungan orang asli di tasik berkenaan disamping menyampaikan bantuan bahan makanan kering kepada hampir 40 buah keluarga yang tinggal di sebuah pulau buatan di tengah tengah tasik.

Lawatan itu juga turut disertai oleh YBhg Encik Khairul Azwan Harun atau lebih biasa dikenali dengan nama Wan Bro yang merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan juga penasihat KMK.

Ikuti gambar gambar sepanjang aktiviti KMK di Tasik Banding Perak.













































Khamis, 20 Oktober 2016

AKHRNYA PEMBANGKANG TERPERANGKAP DENGAN FITNAH SENDIRI @NajibRazak @NohOmar #scs14

Esok adalah hari dimana bajet atau belajawan tahun hadapan akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Parlimen.

Sebelum itu lagi sudah kecoh didalam media sosial puak pakatan mengatakan bahawa kadar GST akan dinaikkan sebanyak 2% selepas belanjawan yang bakal dibentang esok.

Persoalannya, adakah ianya betul atau ianya hanyalah fitnah daripada puak pembangkang yang cuba untuk menaikkan kemarahan rakyat?

YB Dato Johari Ghani yang merupakan Menteri Kewangan Ke 2 mengatakan bahawa tidak ada kenaikan cukai GST dan ianya kekal kepada 6% sepertimana sekarang.


Puak pembangkang memang selalu menimbulkan persepsi dan perasaan panik dikalangan masyarakat dimana cerita yang tidak ada akan diada adakan demi untuk mencari publisiti politik murahan.

Yang menjadi kehairanan pula ialah, ada juga segelintir masyarakat yang percaya akan berita berita palsu walaupun kerap kali ianya berlaku dan acapkali ianya dilakukan oleh puak pakatan.

Dengan jawapan Menteri Kewangan Ke 2 ink rasanya sudah tidak ada apa lagi yang hendak diputar belitkan oleh pembangkang tentang isu GST dan puak pembangkang hari ini nampaknya diperangkap dan terperangkap oleh fitnah yang cuba disuntik kedalam pemikiran rakyat.



Selasa, 18 Oktober 2016

EXCO KERAJAAN NEGERI MAKAN GAJI BUTA @NajibRazak @NohOmar #scs14

Beberapa kawasan di sekitar sekitar DUN Sementa dan Sg Pinang di Klang mengalami kebanjiran air masin apabila benteng di Kg Batu 5 pecah semalam dan mengakibatkan penduduk di kawasan berkenaan dikatakan telah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Azmin Ali selaku Menteri Besar seperti biasa akan mencari seribu satu alasan untuk mengelak daripada memberikan bantuan kepada rakyat.

Kawasan yang dilanda masalah semalam dikatakan tidak mempunyai pokok bakau sebagai benteng penahan ombak dan lebih mengecewakan lagi apabila kawasan tersebut tidak tersenarai untuk menerima sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM 4.3 juta yang diluluskan untuk baik pulih benteng.

Lagi berita ban pecah DISINI

Setahu Sangkakala, ADUN kawasan ini adalah EXCO kerajaan negeri, malah di kedua dua DUN (Sementa dan Sg Pinang) dan ADUN Sg Pinang merupakan EXCO kanan yang merupakan penyokong kuat Azmin Ali dalam sidang dewan.


Semua rakyat dalam negeri Selangor tahu bahawa gaji ADUN dan EXCO kerajaan negeri Selangor adalah diantara yang paling tinggi di Malaysia namun khidmat yang diberikan nampaknya yang paling rendah.

Sebagai EXCO kerajaan, takkan tiada langsung peruntukan yang boleh disalurkan oleh kerajaan negeri bagi menangani fenomena air pasang besar agar ianya tidak menimbulkan masalah kepada rakyat?

Mungkin kedua dua EXCO ini berfikiran sama seperti Menteri Besar mereka iaitu politik perlu didahulukan berbanding dengan rakyat.



Isnin, 17 Oktober 2016

LEBIH RELA TENGOK KARTUN DARI MELAWAT KAWASAN BENCANA @NajibRazak @NohOmar

Seperti apa yang Sangkakala tulis dalam artikel sebelunlm ini, beberapa kawasan khususnya di persisiran pantai di Malaysia termasuk Selangor kini dalam keadaan berjaga jaga berikutan fenomena air pasang besar yang akan melanda hingga membuatkan beberapa buah keluarga terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Negeri Selangor juga memperlihatkan pemindahan ini berlaku demi keselamatan penduduk yang bakal terlibat dalam bencana yang kemungkinan besar akan berlaku.

Azmin Ali selaku Menteri Besar juga telah meminta bantuan peruntukan sebanyak RM 300 juta bagi menaiktaraf benteng di beberapa kawasan walaupun kerajaan negeri mempunyai rizab bernilai berbillion ringgit.

Tapi bukan itu yang hendak kita bicarakan pada hari ini, apa yang Sangkakala ingin bicarakan ialah dimana Azmin Ali semasa rakyat Selangor dilanda masalah?

Semalam Azmin pergi melihat pameran kartun yang dibuat oleh Zunar yang selama ini terang terang menghina kepimpinan malah negara kita sendiri.


Persoalannya sekarang, apa kepentingan Azmin melawat pameran kartun berbanding rakyat yang sedang menghadapi masalah pada ketika ini?

Adakah Zunar yang memberikan kemenangan kepada Azmin dan kerajaan Pakatan di Selangor?

Atau mungkin Azmin akan terus memberikan perhatian kepada mereka yang tiada kepentingan kepada rakyat berbanding kepada mereka yang memberikan undi kepada Pakatan.




Ahad, 16 Oktober 2016

FENOMENA AIR PASANG BESAR DEDAH KEKUATAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI @NajibRazak @NohOmar

Fenomena air pasang besar yang dijangka akan melanda sekitar perairan di Selangor dan beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia memang menggusarkan kebanyakan penduduk yang mendiami kawasan persisiran pantai.

Sangkakala tertarik dengan kisah fenomena air pasang besar ini dalam negeri Selangor, negeri yang dikatakan mempunyai rizab simpanan bernilai berbillion ringgit.

Kerajaan Selangor mengatakan bahawa sepanjang pemerintahan mereka di Selangor nilai rizab kian bertambah dan ini menunjukkan betapa kayanya negeri Selangor.

Dalam diam tak diam, permasaalahan air pasang besar yang dikhuatiri ini mengundang satu bencana iaitu banjir di beberapa kawasan dan sudah pastilah akan berlaku natijah dimana kehilangan harta benda dan punca pendapatan apabila limpahan air masin masuk ke kawasan kampung apabila ban di sepanjang pantai pecah.

Yang menarik sekali, dalam kekayaan yang dikumpul oleh kerajaan Selangor, Menteri Besar nya meminta pula bantuan dari kerajaan pusat peruntukan sebanyak RM 300 juta bagi menaik taraf ban atau benteng penahan air ini.


Persoalanya sekarang, apakah kerajaan Selangor benar benar masih mempunyai wang rizab seperti yang disebut atau ianya hanyalah penyedap kata untuk menunjukkan bahawa kerajaan negeri masih mempunyai wang simpanan.

Sebab apa Sangkakala berkata demikian? Jika benar kerajaan negeri mempunyai rizab yang bernilai berbillion ringgit, apa sangat dengan RM 300 juta yang perlu dikeluarkan bagi membantu masyarakat tertamanya mereka yang berada di pesisir pantai bagi menghadapi fenomena ini?

Agak mengelirukan disini apabila nilai rizab berbillion tersimpan, untuk membaik pulih benteng minta bantuan.

Ini perlu dikaji semula sebab ibarat mendengar nilai simpanan orang tanpa bukti menunjukkan berapa jumlah sebenar yang masih berada dalam simpanan.