Ahad, 11 September 2016

HADIAH TERBAIK PEMBERIAN ORANG KELAINAN UPAYA KEPADA NEGARA @NajibRazak @KhairyKJ #scs14

Mungkin ianya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan namun hadiah yang diberikan oleh atlit paralimpik Malaysia amat menggalakkan dan menjadi kebanggaan.

Mohamad Ziyad dan Muhamad Ridzuan kedua duanya orang kelainan upaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dengan membawa pulang pingat emas dalam acara pecut 100 meter dan lempar peluru yang mana rekod dunia juga dipecahkan.


Pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan juga mengumumkan imbuhan serupa sepertimana yang dijanjikan kepada atlit olimpik kepada mereka berdua.


Selain daripada itu, Naza Motor juga menyumbangkang sebuah Naza Sportage kepada kedua dua wira negara ini.

Sangkakala juga mengalungkan sejuta tahniah kepada atlit paralimpik Malaysia, walaupun mereka kelianan upaya tapi perlu diingatkan bahawa berkumandangnya lagu NegaraKu sebanyak 2 kali di Rio jelas membuktikan mereka juga mampu membawa nama Malaysia ke persada dunia dalam bidang sukan.


Tiada ulasan: