Rabu, 7 September 2016

FARAH FAUZANA !! JANGAN CERITA BERBELIT BELIT KALAU BELUM SEDIA ADA SUAMI

Sangkakala tengok kecoh dalam media sosial apabila pengacara Radio popular, Farah Fauzana atau Fafau membatalkan majlis penikahan yang akan diadakan 2 minggu lagi dengan pasangannya Hafiz yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.


Alasan utama Fafau membatalkan pernikahan tersebut adalah kerana Hafiz dikatakan sudah mempunyai isteri dan dengan itu majlis tersebut di batalkan.

Hari ini Hafiz tampil membuat kenyataan yang beliau sebenarnya bukan suami orang dan pembatalan majlis tersebut oleh fafau dan hanya dia yang tau alasan sebenar kata Hafiz dalam akhbar Utusan hari ni.

Dalam akhbar KOSMO pula, adik Fafau yang juga merupakan pengurus Fafau juga mengatakan bahawa beliau agak hairan sebab beliau sendiri yang menemani Hafiz membuat pendaftaran di Jabatan Agama Islam Selangor dan didapati status Hafiz adalah bujang.



Jadi sekarang yang mana satu betul? Hafiz dah kawin atau Fafau masih belum sedia bersuami?

Kalau belum sedia, jangan la sampai nak aibkan orang lain, bagi tau je belum sedia, bikan susah sangat, tapi dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Hafiz sudah beristeri sebagai alasan, itu nak menyelamatkan diri sendiri dengan meletakkan kesalahan pada orang lain.

Yang lebih mengecewakan apabila Hafiz yang juga merupakan seorang AJK Pemuda UMNO Bahagian dikecam teruk hingga boleh menjejaskan reputasi beliau sebagai orang politik dan juga ahli perniagaan.

Disini Sangkakala nak tanya sikit pada Fafau, apa motif sebenar? Sebab selebriti ni seperti mana kita biasa dengar suka berteduh bawah dahan rimbun yang lebat buahnya.

Sangkakala nasihatkan pula kepada Hafiz, kalau benar sepertimana kenyataan bahawa beliau belum beristeri, maka seeloknya ambil tindakan sewajarnya bagi membersihkan nama, jangan biar orang pandang kita takde mata.




Tiada ulasan: