Rabu, 3 Ogos 2016

KOTA DAMAMSARA KINI MENJADI KOTA SAMPAH @NohOmar #scs14

Namanya mungkin sedap didengar dan sedap untuk disebut, tapi apabila melihat kepada keadaan sekeliling dengan mata, mungkin akan meloyakan tekak bagi mereka yang melihatnya.

Kota Damansara yang terletak dalam Parlimen Subang di negeri Selangor tidak seindah yang digambarkan.

Masalah sampah yang tidak diangkut mencacatkan pemandangan serta merosakkan nama Kota Damansara.


Gambar diatas Sangkakala ambil dari llamo aman facebook seorang penduduk di Kota Damansara yang bertanya "BILA KONTRAKTOR SAMPAH NAK ANGKUT SAMPAH NI?".

Sebenarnya perkara ini bukan perkara baharu di Kota Damansara dan negeri Selangor apabila pengurusan sampah penduduk tidak dijalankan dengan baik malah ianya semakin hari semakin buruk.

Dimanakah kedudukan Ahli Majlis Perbandaran yang diwakili oleh pemimpin Pakatan di Selangor?

Adakah mereka ini terlalu sibuk hingga masalah sedemikian rupa diambil ringan dan tiada tindakan yang diambil oleh mereka selaku ahli majlis?

Saudara Razlan yang menjadi penyelaras DUN juga dilihat hanya memandang sebelah mata perkara sebegini sedangkan beliau mempunyai akses untuk bertanya dan mempersoalkan kredibiliti kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Sampah ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah ianya juga mengundang wabak seperti denggi dan kencing tikus.

Untuk makluman dan memang sudah diketahui ramai bahawa Selangor kini bukan sahaja menjadi juara sukan, tapi juara kepada peningkatan kes denggi juga Selangor di hadapan.

Kalau ini cara pentadbiran kerajaan negeri yang hanya menjual harta tapi kebajikan rakyat terbiar, rasanya dalam pilihanraya akan datang elok diserahkan sahaja kepada Barisan Nasional untuk memerintah dan Sangkakala percaya kes sebegini akan dapat diselesaikan.




Tiada ulasan: