Sabtu, 6 Ogos 2016

HUTAN SIMPAN WARISAN DUNIA AKHIRNYA LEBUR @NajibRazak @nohomar #scs14

Hutan simpan Warisan Dunia yang terletak di Hutan Simpan Paya Wet land akhirnya lebur ditukar status daripada pertanian kepada tanah komersial.

Pada awalnya, EXCO Kerajaan negeri Selangor serta Menteri Besar cuba nak berdolak dalik dengan pendedahan yang dibuat namun sudahnya kebenaran timbul juga.

Gambar AIDCNEWS

Lot Tanah 68054 di Mukim Tanjung 12 yang selama ini cuba diselindungkan penukaran status oleh exco dan Menteri Besar membuktikan bahawa mungkin banyak lagi harta kerajaan Selangor yang telah tergadai.

Dikatakan 4 orang Menteri Besar terdahulu termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim menolak permohonan untuk menukar status tanah berkenaan dan apabila sampai ke tangan Azmin Ali, tanah tersebut dengan mudah bertukar status dan betukar tangan.

Selama ini kita semua telah didedahkan dengan beberapa siri penjualan harta kerajaan Selangor termasuk harta yang berada dalam Yayasan Selangor turut lebur ditangan pakatan.

Mungkin rakyat tidak menerima kesannya pada hari ini tetapi kesan ini akan dirasai dalam tempoh waktu tertentu dan dimasa itu nanti barulah rakyat akan sedar bahawa apa yang mereka lakukan ketika ini membebankan generasi akan datang.

Walaupun agak terlewat, namun masih belum terlambat untuk membuat perubahan, kerajaan Selangor perlu diberikan semula kepada parti yang mempunyai pengalaman dalam hal mentadbir negeri serta negara dan kerajaan tersebut adalah kerajaan Barisan Nasional.



Tiada ulasan: