Jumaat, 12 Ogos 2016

DUA WAKIL RAKYAT BUAT SPOT CHECK NAIK MOTOSIKAL @NajibRazak @nohomar #scs14

Dua orang wakil rakyat (Ahli Parlimen dan ADUN) hari ni buat spot check ke kawasan dibawah naungan mereka dengan menaiki motorsikal.

Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang yang juga merupakan Menteri KPKT dan ADUN Permatang, YB Datuk Sulaiman Abdul Razak sememangnya wakil rakyat yang senantiasa berada di hati rakyat dalam kawasan mereka.


Mungkin gerakan menggunakan motorsikal tidak begitu popular, tapi bagi penduduk di Tanjung Karang, berjumpa dengan Tan Sri Noh dengan menaiki motorsikal adalah perkara biasa kerana ia sudah menjadi rutin apabila beliau berada dalam kawasan.

Itu Tan Sri Noh, hari ni pula, ADUN Permatang juga bersama dengan beliau dengan menaiki sebuah motorsikal lama RXS keluaran Yamaha.

Sangkakala pernah bertanya dengan seorang anak muda di Tanjung Karang tentang pendapat beliau dengan kehadiran Tan Sri Noh menaiki motosikal dan anak muda ini sambil ketawa mengatakan bahawa apabila menaiki motorsikal, Tan Sri Noh dilihat meletakkan protokol semasa itu sebagai orang kenamaan.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada Tan Sri Noh atas usaha untuk mendekati masyarakat tanpa menggunakan kenderaan yang agak menyulitkan rakyat untuk bersama sama dengan beliau bagi menyuarakan isi hati atau pendapat.

Kejap lagi mesti ramai yang kata bukan bukan bila Sangkakala update artikel ni, maklum la benda baik bukan semua orang nak terima.




Tiada ulasan: