Sabtu, 16 Julai 2016

PANAS !!! CUEPACS TINDAS GOLONGAN MUDA DI MALAYSIA ?? @NajibRazak @tunfaisal #scs14

Kerajaan Malaysia seringkali melaungkan pendidikan penting bagi memacu keadaan ekonomi dan kestabilan negara dimasa akan datang dan ini sememangnya tepat.

Kerajaan Malaysia juga memberikan pelbagai insentif kepada para pelajar agar mereka ini cemerlang dalam mata pelajaran hingga boleh melangkah ke menara gading.

Tapi apa peluang para pelajar ini apabila mereka keluar dari universiti? Apakah mereka mempunyai peluang untuk menjawat jawatan dalam kerajaan?

Presiden CUEPECS membuat permohonan kepada YAB Perdana Menteri agar umur persaraan wajib dinaikkan lagi daripada 60 kepada 62 tahun.


Seperti yang Sangkakala nyatakan diatas, setiap tahun ribuan graduan akan keluar dari Universiti dan pernah juga dilaporkan bahawa kadar pengangguran pelajar lepasan Universiti berjumlah lebih dari 200 ribu orang.

Cuba bayangkan jika umur persaraan wajib penjawab awam ini dinaikkan, adakah ianya akan membantu mana mana pihak? Baik di pihak kerajaan mahupun pihak lepasan Universiti ini?

Sangkakala berani mengatakan, jika permintaan CUEPACS ini direalisasikan, maka suatu penindasan terhadap mereka mereka yang berminat untuk menjadi penjawat awam akan berlaku.

Seterusnya Sangkakala nak bagi tau sikit pada Presiden CUEPACS, nyawa manusia atau lebih tepat lagi rakyat Malaysia hari ini rata rata berumur dalam lingkungan 65 tahun hingga 70 tahun.

Jadi disini adalah lebih baik jika mereka ini di berikan peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan untuk beramal ibadat dan tugas mereka sebagai penjawat awam diambil alih oleh mereka mereka yang berminat untuk berkhidmat dengan kerajaan.

Mungkin Presiden CUEPACS juga perlu melihat jika ada dikalangan anak anak atau saudara mara beliau yang mahu menjadi penjawat awam, adakah mereka ini akan berpeluang untuk mendapatkan jawaran tersebut jika untuk menunggu kakitangan yang bersara mengambil masa yang panjang?

Tapi mungkin apabila anak atau saudara kepada Presiden maka peluang terbentang luas tak seperti mereka yang tidak mempunyai hubungan dengan mana mana Kementerian atau Jabatan.

Jadi disini Sangkakala pula nak merayu kepada Perdana Menteri, jangan dengar sangat cakap orang yang tak berapa nak fikir tentang orang lain ni, baik fikir macam mana nak berikan kelestarian kepada anak anak muda yang bakal menerajui negara dimasa akan datang.





1 ulasan:

wayau berkata...

Konsep FIFO (first in first out) perlu dilaksanakan dalam pengurusan perjawatan awam.