Selasa, 12 Julai 2016

NGA KOR MING MAKIN TERTEKAN !! PAS PULA DAH BERBUNYI @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal #scs14

Pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming lebih teruk menerima hentaman dan kritikan kali ini apabila cuba memainkan sentimen kaun dan agama.

Kor Meng yang dikatakan menghina pemberian duit raya sebagai rasuah atau dedak kali ini menerima tekanan dari Dewan Pemuda PAS Kelantan yang menuntut ahli Parlimen Taiping itu memohon maaf.


Bagi Sangkakala pula, Nga Kor Meng sememangnya dari dulu cuba untuk mencetuskan satu permasaalahan diantara kaum di Malaysia.

Apa yang dilakukan oleh pemimpin DAP kini ialah cuba untuk mencetuskan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu kepada DAP yang majoritinya dikuasai oleh orang cina.

Jika terjadi perbalahan, maka dengan mudah mereka (DAP) menyebarkan dakyah yang mengatakan bahawa orang Melayu di Malaysia adalah penindas kepada bukan Melayu.

Ini taktik yang digunakan oleh DAP untuk mendapatkan perhatian daripada rakyat dan walau bagaimana pun, jelas kelihatan hari ini bahawa bukan sahaja pemuda UMNO sudah bersuara, tapi pemuda PAS juga sudah mula mempertikai tindak tanduk DAP.



Tiada ulasan: