Jumaat, 8 Julai 2016

KESESAKAN YANG MEMBAWA MAUT DI LEBUHRAYA @NajibRazak @Zahid_Hamidi @nohomar #scs14

Jalan raya di Malaysia akan mengalami kesesakan apabila tibanya musim perayaan dimana warga kota akan pulang untuk berhari raya.

Namun kesesakan yang berlaku tidaklah sampai meragut nyawa akibat dari kesesakan yang melampau sepertimana yang berlaku di negara jiran pada ketika ini.

Laporan mengatakan bahawa 12 orang maut akibat kesesakan yang melampau yang melanda lebuhraya di Indonesia.


Berbeza di Malaysia, punya kematian dijalanraya adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu sehingga mengakibatkan kemalangan maut dan ini menjadi kebiasaan setiap kali menjelangnya hari perayaan.

Walaupun kes kematian jalanraya di Malaysia berpunca daripada kecuaian manusia, ada juga dikalangan mereka mereka yang agak kurang faham dengan situasi akan menyalahkan pihak kerajaan.

Walaupun kerajaan telah mengenakan beberapa tindakan terhadap mereka yang cuai namun masih ada lagi kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa setiap tahun.

Ada segelintirnya pula akan menghentam kerajaan khususnya pihak berkuasa diatas tindakan yang diambil walaupun tindakan tersebut demi untuk kebaikan mereka.

Mungkin jika mereka berada di Indonesia baru mereka tahu bagaimana rasanya kehidupan mereka dan kesusahan mereka apabila menjelangnya hari raya.



Tiada ulasan: