Jumaat, 29 Julai 2016

KES TEMBAK !! PEMUDA PAS SELAR PIHAK BERKUASA !! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KBAB51 #scs14

Nampaknya kes tembak yang berlaku baru baru ini mendapat perhatian daripada pemuda PAS Pusat dimana Ketua Penerangan Pemuda PAS mengatakan Malaysia kini seolah olah sudah menjadi negara 'KOBOI'.


Persoalannya kini, adakah pemuda PAS tahu punca kes tembak mati yang berlaku baru baru ini?

Kalau nak tau, Sangkakala nak terangkan sikit disini.

Pihak polis mengesyaki bahawa kes tembak baru baru ini adalah berpunca daripada kumpulan kongsi gelap.

Jadi disini juga Sangkakala nak bagi tau pada pemuda PAS bahawa kes sebegini kalau di Malaysia agak jarang berlaku berbanding dengan negara negara luar yang mempunyai kumpulan kongsi gelap yang lebih besar.

Kalau nak diberikan bebanan untuk menghalang perkara ini dari berlaku, Sangkakala tak nampak bagaimana caranya tapi kalau memberkas si pelaku atau si pembunuh, Sangkakala rasa pihak polis Malaysia adalah yang terbaik.

Dalam hal lain pula, Sangkakala nak menarik perhatian pemuda PAS bahawa, kebanyakan kongsi gelap ini menjalankan perniagaan kedai judi, pelacuran dan lain lain yang mana di Selangor ianya sudah seperti cendawan tumbuh.

Jadi disini Sangkakala harapkan supaya janganlah kita hanya menunding jari kepada mana mana pihak, tapi kita sendiri perlu memberikan bantuan bagi mengekang perkara perkara seperti ini berulang.




Tiada ulasan: