Sabtu, 23 Julai 2016

AKHIRNYA GUAN ENG MENGAKU SALAH DAN AKAN DIPENJARAKAN @NajibRazak @Zahid_Hamidi @nohomar #scs14

Kes skandal banglo yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang semakin senyap dan dilupakan selepas Guan Eng membayar duit jaminan berjumlah RM 1 juta yang dikutip daripada beberapa syarikat.

Tapi hari ini Guan Eng seolah olah yakin bahawa beliau akan dipenjarakan kerana skandal tersebut yang mana seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Guan Eng telah membeli sebuab banglow dibawah harga pasaran daripada pemilik sebuah syarikat yang berkepentingan di Pulau Pinang.


Apa yang menjadi kelakarnya sekarang ni, Guan Eng cuba mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha untuk menutup skandal yang melanda beliau.

Kita semua tahu bahawa kes yang hampir sama telah berlaku kepada Datuk Seri Khir Toyo dimana beliau juga membeli sebuah banglow dibawah harga pasaran dan pada ketika itu, puak puak pembangkang di Malaysia berkokok meminta dan mendesak supaya Khir Toyo dijatuhkan hukuman.

Tapi bila kes yang hampir sama berlaku kepada Guan Eng, maka ianya dikatakan konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

Guan Eng pula dilihat seolah olah tahu bahawa beliau akan dipenjarakan dan dengan sendirinya beliau seperti mengakui bahawa salah laku tersebut memang berlaku.




Tiada ulasan: