Sabtu, 30 Julai 2016

ADUN TAMAN MEDAN KENA GETAH DENGAN PENGUNDI @NajibRazak @nohomar #scs14

Isu jejantas laluan motosikal di Taman Medan menjadi viral di laman media sosial facebook sejak semalam.

Seorang pengundi di Taman Medan meminta supaya ADUN Taman Medan, Haniza Talha untuk mendapatkan sumbangan sepertimana yang beliau perkatakan tentang bajet untuk membaik pulih pintu gerbang di Selangor.


Haniza pernah mengatakan bahawa perbelanjaan untuk membaik pulih pintu gerbang adalah dari sumbangan beberapa pihak dan ianya tidak menggunakan wang kerajaan negeri.

Nampaknya Haniza Talha terkena getah dengan apa yang pernah diucapkan oleh beliau tentang pintu gerbang yang mana pengundi Taman Medan meminta Haniza untuk mencari sumbangan bagi membina jejantas motosikal di Taman Medan.

Mungkin ada kebenaran permintaan yang diutarakan memandangkan ianya adalah satu keperluan untuk rakyat berbanding pintu gerbang.



Tiada ulasan: