Khamis, 23 Jun 2016

ISU DEDAK !! @NajibRazak NAIK ANGIN !!! MESTI ADA YANG SENTAP !! @nohomar #scs93 #scs #smss

Bila sekali sekala YAB Perdana Menteri tunjukkan kemarahan dalam FB seronok juga, mesti ada yang sentap dengan kenyataan atau status yang dimuat naik oleh Perdana Menteri menghentak mereka mereka yang agak celupar mulutnya.


Selalu kita dengar sesetengah pihak mengatakan bahawa kerajaan atau UMNO atau Perdana Menteri sendiri memberikan 'DEDAK' kepada rakyat sebagai contoh, semasa PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Dengan kekalahan parti yang mereka sokong, maka dengan sewenang wenangnya mereka mengatakan bahawa rakyat diberikan 'DEDAK' oleh kerajaan.

Adakah mereka yang menyebut perkataan 'DEDAK' ini tahu apa maksud 'DEDAK' atau hanya sekadar ingin menyebut bagi menyedapkan kata kata tanpa memikirkan perasaan orang lain?

Dedak adalah sejenid makanan haiwan seperti ayam, itik, lembu, kambing dan sebagainya.

Dengan mengatakan bahawa rakyat menerima dedak, maka secara tidak langsung mereka ini telah menyamakan rakyat dengan haiwan.

Mungkin kerana kekayaan mereka maka mereka melihat rakyat biasa ini begitu daif dan seolah olah hina sehingga sanggup disamakan seperti haiwan.

Mungkin mereka tidak sedar bahawa kerajaan hari ini memberikan bantuan kepada rakyat yang tidak ada sebelum ini.

Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional hari ini adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa memikirkan permasaalahan rakyat dibawah.

Kepada mereka yang kerap mengatakan bahawa rakyat menerima dedak tu, bawa bawa le bertaubat, nak minta ampun pada puluhan juta rakyat Malaysia bukan perkara mudah.



Tiada ulasan: