Khamis, 19 Mei 2016

#prksgbesar UGUTAN DAH KELUAR JIKA BERTANDING DALAM PRK @NohOmar @NajibRazak #scs

Nampaknya ketakutan Azmin Ali akan mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sg Besar jelas kelihatan apabila cubaan mengugut kepada parti PAS berlaku.

Azmin mengatakan bahawa jika PAS bertanding, seluruh EXCO mewakili PAS dalam kerajaan negeri perlu meletakkan jawatan.


Adakah Azmin terlupa bahawa satu masa dulu apabila sidang DUN memutuskan untuk melantik timbalan spaker, PAS yang sememangnya patut memegang jawatan tersebut di cabar oleh ADUN Sekinchan, YB Ng Swee Lim?

Kenapa pada masa itu Azmin tak mengatakan bahawa sekiranya DAP bertanding maka semua EXCO mewakili DAP perlu meletakkan jawatan?

Sikap double standard Azmin dalam perkara ini perlu dilihat bahawa Menteri Besar Selangor tersebut hanya mahu melepaskan tengkuk sendiri dan bukannya menjaga parti komponen mereka.

Tapi seperti biasa, adakah PAS sedar akan perkara ini atau melihat perkara ini dari sudut dalam tempurung semata mata?

Sama sama kita nantikan apa akan berlaku, adakah PAS akan.menujukkan belangnya atau terus menikus dengan ugutan dari Azmin Ali yang mewakili suara minoriti dalam kerusi DUN Selangor.



Tiada ulasan: