Sabtu, 19 Mac 2016

INI BUKAN GURAUAN !! RAFIZI RAMLI KENA LAGI #scs

Kenyataan daripada CEO MARA tentang Rafizi Ramli

Saya telah memutuskan untuk membuat laporan polis ke atas Rafizi esok dan melantik peguam secara rasmi utk memfailkan saman. Berikut kenyataan saya UTK SIARAN media.(dan boleh di VIRALKAN)

1. Hari ini saya telah memfailkan satu laporan polis terhadap Rafizi Ramli dan NOW atas fitnah yang berulang-ulang kali dilakukan oleh beliau ke atas saya. Apabila beliau mula membuat kenyataan dan menamakan saya berhubung dengan transaksi hartanah MARA Inc Sdn Bhd di Australia  tahun lepas, saya tidak berminat untuk membuang masa melayan fitnah beliau kerana beliau bukanlah seorang ahli politik yang saya anggap beretika. Beliau sering menggunakan taktik 'memetik nama' yang beliau anggap ada nilai berita tanpa mempedulikan kebenaran dan keadilan kepada pihak yang difitnah. Yang penting bagi beliau adalah kelangsungan politik peribadi. 

2. Tetapi apabila beliau mengitar semula tuduhan dan fitnah dan terbaru membangkitkan tuduhan yang sama dalam ucapan di parlimen, saya terpaksa mengambil tindakan ini bagi melindungi reputasi saya. Nampak seolah-olah beliau tidak berpuashati dan terpaksa mengulangi fitnah beliau kerana kenyataannya sebelum ini tidak dipedulikan oleh media arus perdana mahupun portal berita internet. Namun saya terpaksa membuat laporan ini pada hari Sabtu kerana sibuk dengan urusan kerja pada hari-hari yang lain. 

3. Sebagai anggota kerja Pelaburan MARA Berhad (PMB), saya tidak pernah terlibat dalam apa-apa keputusan yang dibuat di syarikat MARA Inc Sdn Bhd. PMB dan MARA Inc adalah syarikat yang berbeza yang mempunyai struktur tadbir urus dan pengurusan serta lembaga pengarah yang tersendiri. MARA Inc juga bukan anak syarikat PMB yang membolehkan saya mempengaruhi apa-apa keputusan di syarikat itu.

3. Saya juga bukanlah pemilik atau pengarah dan tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam mana-mana syarikat yang dinamakan oleh Rafizi dalam kenyataan akhbar atau laporan polis beliau sebagai terlibat dalam transaksi hartanah Dudley House atau mana-mana transaksi yang dijalankan oleh syarikat MARA Inc.

4. Kenyataan beliau yang terus mengaitkan saya dan cuba memberi gambaran bahawa saya mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat berkenaan serta berada dalam konflik berkepentingan dalam kedudukan saya sebagai anggota kerja MARA adalah fitnah semata-mata. Tambahan lagi saya hanya menyertai PMB pada Julai 2013, lama selepas hartanah berkenaan dibeli oleh MARA Inc. 

5. Laporan ini dibuat supaya penyiasatan dilakukan dan tindakan diambil ke atas beliau atas kenyataan yang jelas berunsur fitnah dan telah menjatuhkan maruah dan reputasi saya sebagai anggota kerja MARA.

Nazim Rahman
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Pelaburan MARA Berhad

Kuala Lumpur
Sabtu, 19 Mac 2016

************************************************

Lepas ni Rafizi jangan pula kata dia bergurau sekali lagi macam yang lepas lepas, dah berani buat kena le berani tanggung.

Kepada CEO MARA pula kalau si Rafizi ni mohon maaf tak payah terima, biar dia rasa sebab si Rafizi ni fitnah memang mainan dan dia bukannya dalam keadaan tidak waras keluarkan tuduhan.



Tiada ulasan: