Rabu, 9 Disember 2015

TAKKAN HAMIDAH OSMAN BARU TAU PLATFORM UNTUK MENYUARAKAN PANDANGAN ATAU PERSOALAN @NajibRazak

Perhimpunan Agung UMNO Malaysia telah bermula dengan perasmian persidangan sayap sayap pada pagi ini yang disempurnakan oleh ketua pergerakan masing masing.

Ianya juga menjadi pertikaian apabila Timbalan Presiden tidak diberi laluan untuk merasmikan persidangan sayap sayap seperti kebiasaan yang dilakukan setiap tahun.

Maka berketaklah beberapa orang yang menjadi penyokong kuat kepada Timbalan Presiden bahawa ianya tidak adil dan tidak sepatutnya berlaku.

Bagi Sangkakala, patut atau tidak, ia sebenarnya adalah permintaan daripada ketua ketua sayap sendiri dan jika mereka mahu, sesiapa juga dari kalangan ahli majlis tertinggi boleh membuat perasmian.

Tapi seperti biasa, puak puak ni nak mencari salah terutamanya salah YAB Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan niat mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjatuhkan Presiden.

Salah seorang yang begitu aktif ialah, Dato Hamidah Osman, bekas Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Gopeng yang dipecat beberapa.minggu lalu.

Tapi semalam, Hamidah mengatakan bahawa Najib Razak perlu menggunakan platform persidangan ini untuk memberikan jawapan kepada perwakilan agar mereka balik dengan hati yang lapang.


Bagi Sangkakala, adalah amat pelik apabila Hamidah mengatakan bahawa persidangan ini adalah platform terbaik untuk Najib memberikan penjelasan sedangkan meminta penjelasan pula, Hamidah dan beberapa pemimpin lain tidak memggunakan platform yang sama.

Adakah Hamidah sendiri selama ini tidak tahu bahawa memang pentas dalam persidangan adalah pentas terbaik bagi menyuarakan dan melontarkan pendapat dan bukannya di pentas pembangkang atau memberikan kesempatan ke0ada pembangkang untuk mendapat peluang menghentam kerajaan.

Jika Hamidah baru sedar tentang ini, dia juga perlu sedar bahawa segalanya sudah pun terlambat dan apa yang berlaku telah pun berlaku.


Tiada ulasan: