Ahad, 13 Disember 2015

@khairykj ATLIT PARALIMPIK SUMBANG PINGAT EMAS TAPI TERPINGGIR

Malam ni Sangkakala lihat di facebook dimana seorang pengguna telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan seorang atlit paralimpik yang mewakili Malaysia dan telah menyumbangkan 3 pingat emas tetapi disambut oleh ahli keluarganya sahaja di lapangan terbang Kota Kinabalu.



Bagi Sangkakala perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan sebagai atlit yang menyumbangkan pingat untuk Malaysia seharusnya beliau juga disambut dengan lebih meriah.

Kemana pergi Pengarah Jabatan Sukan Negeri atau pegawai di Jabatan Belia dan Sukan sehingga tiada siapa yang menyambut beliau di lapangan terbang.

Untuk makluman, rasanya adalah lebih sukar seorang yang kelainan upaya untuk menjalankan aktiviti kesukanan berbanding mereka yang normal dan pengiktirafan perlu diberikan kepada beliau.

Sangkakala harap Menteri Belia dan Sukan tampil untuk memberikan semangat kepada atlit kita yang telah berjaya mengharumkan nama negara.

Jangan atlit normal sahaja diberi pengiktirafan apabila menyumbangkan pingat, atlit paralimpik juga perlu diberi perhatian yang sama dalam usaha untuk menaikkan taraf sukan dalam negara sesuai dengan slogan 'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'.


Tiada ulasan: