Selasa, 10 November 2015

PEMBANGUNAN KERAMAT PERLU DIKAJI SEMULA @tengkuadnanreal

Baru baru ni kecoh apabila satu perhimpunan secara aman dilakukan oleh penduduk kawasan Keramat yang kurang berpuas hati dengan status sebidang tanah yang asalnya dimiliki oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan kemudiannya diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL.



Ada maklumat yang mengatakan bahawa kawasan ini dulunya adalah kawasan untuk penempatan kos rendah dan sederhana dimana tanah berkeluasan 1.8 ekar berkenaan akan dijual kepada bumiputera sehinggalah ianya dikatakan dijual kepada pemaju untuk dinaikkan kawasan perumahan.

Sebelum kejadian himpunan yang dilakukan oleh penduduk Keramat, kawasan ini dikatakan tidak mempunyai status milikan bumiputera namun setelah desakan yang dilakuakan oleh penduduk, maka quota sebanyak 50 peratus telah diberikan untuk milikan bumiputera namun harganya pula tidak memungkinkan masyarakat bumiputera memiliki atau membeli kediaman berkenaan.

Ada juga yang mengatakan bahawa tanah ini tidak boleh dibina dengan kediaman kos rendah dan sederhana kerana harga kawasan berkenaan adalah tinggi.

Beberapa pemeriksaan telah dilakukan dan ada bukti yang menunjukkan bahawa tanah berkenaan hanya dibayar lebih kurang RM 1.2 juta sebagai premium dengan keluasan keseluruhan tanah berkenaan.

Ini bermakna setiap kaki persegi kawasan berkenaan tidak bernilai tidak lebih daripada lebih kurang RM 16 satu kaki persegi. Jadi nilai ini Sangkakala lihat adalah harga yang amat rendah untuk nilai sebuah kawasan perumahan dan ianya sudah pasti boleh dibina rumah kos sederhana dan kos rendah.

Mungkin pihak DBKL perlu melihat semula perancangan yang hendak dilakukan dikawasan berkenaan memandangkan ada beberapa lagi bukti yang menunjukkan 'something wrong somewhare' berkenaan dengan isu ini.

Berita lanjut akan Sangkakala susuli kemudian dan sehingga itu Sangkakala juga berharap agar jalan penyelesaian bagi menangani masalah ini dapat dicapai memandangkan kawasan ini juga dimenangi oleh ahli parlimen dari pihak kerajaan.

Sehingga itu "pulangkan tanah keramat kepada rakyat".




Tiada ulasan: