Selasa, 8 September 2015

#DEIG SEMAKIN PARAH !! AZMIN MAKIN KELAM KABUT

Isu DEIG kini semakin hangat apabila pendedahan dilakukan dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas.


Lebih RM 30 billion bakal diserahkan kepada DEIG untuk diuruskan tanpa perlu audit oleh mana mana pihak termasuk Jawatankuasa Kira Kira Wang Awam atau PAC.

Kemana aset ini akan diagihkan?

Buat pertama kalinya Azmin mengatakan bahawa DEIG hanya akan beroperasi pada awal tahun 2016 setelah ditubuhkan pada bulan Mei 2015 dengan meletakkan 2 orang ahli lembaga pengarah yang bukan daripada kerajaan.

Tapi walaupun dikatakan akan beroperasi pada awal tahun 2016, pada bulan Jun 2015 sebanyak RM 5 juta dikatakan telah dikeluarkan oleh DEIG untuk membayar zakat.

Apa yang menjadi kehairanan ialah, pihak Lembaga Zakat Negeri Selangor telah menafikan bahawa mereka ada menerima zakat dari DEIG dan ini menjadi tanda soal, kemana wang tersebut telah diaguihkan.

Pernah didedahkan oleh beberapa bekas pemimpin PR Selangor bahawa ada wang zakat dari sebuah syarikat diagihkan oleh Angkatan Muda Keadilan di kawasan kawasan. Darimana wang zakat tersebut diperolehi? Adakah ianya merupakan zakat yang dikeluarkan oleh DEIG seperti mana yang disebut?

Kalau benar AMK ada mengagihkan zakat tersebut, kenapa ianya tidak melalui Lembaga Zakat? Kenapa perlu melalui AMK? Dan apa kuasa AMK melakukan pembahagian serta adakah agihan zakat berkenaan sampai kepada mereka yang benar benar layak?

Ini persoalan persoalan yang perlu dilihat serta difikirkan oleh rakyat Selangor kerana aset kerajaan negeri termasuk yang berada didalam simpanan Menteri Besar Incoperated (MBI) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bakal dipindahkan kepada Darul Ehsan Investment Group.


Tiada ulasan: