Ahad, 16 Ogos 2015

LAUTAN MANUSIA DI DATARAN MERDEKA DALAM PROGRAM #DoaUntukMalaysia #SehatiSejiwa

Malam tadi di Dataran Malaysia dapat kita lihat, lautan manusia memenuhi padang untuk bersama sama dengan Perdana Menteri dan beberapa orang Menteri serta jemputan khas dalam program 'Doa Untuk Malaysia'.

Walaupun pada awal sebelum program berlangsung dan semasa program sedang berlangsung hujan renyai renyai seolah namun para hadirin tidak berganjak malah bertambah dari semasa ke semasa.










Kehadiran pada program kali ini amat memberangsangkan dimana kehadirannya setanding dengan kehadiran pada tahun lepas di tempat yang sama.

Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam, bersatu hati dan bersama sama berdoa demi untuk memohon kehadrat Allah SWT agar Malaysia terus selamat dari segala bentuk fitnah dan adu domba serta bencana.

Program ini sebenarnya adalah program permulaan bagi kita semua menyambut ulangtahun kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos nanti.

Program kali kedua diadakan ini juga memperlihatkan kesungguhan kerajaan Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dimana semasa awal program, solat hajat telah diadakan dan hadirin telah bersama sama dalam solat hajat berkenaan.

Menurut kata penganjur, program ini akan diteruskan setiap tahun dan ianya akan menjadi acara tahunan sebelum menyambut ulangtahun kemerdekaan tanah air.



Tiada ulasan: