Khamis, 4 Jun 2015

LUAHAN HATI PENDUDUK !!! SIAPA NAK AMBIL PEDULI ???

Diawal masa Azmin Ali jadi Menteri Besar dulu, ada juga nampaknya turun ke longkang, spray racun nyamuk dalam bas sekolah, kononnya nak jaga kebersihan dan kesihatan rakyat.

Tapi akhir akhir ini nampaknya kejadian sama sebelum Azmin jadi MB dulu berulang kembali dan ada penduduk dah mula merungut kawasan mereka dah semak samun serta parit tidak lagi diselenggara dengan baik.



Sangkakala dapat gambar dan status diatas dalam wall facebook seorang rakan yang menunjukkan kekecewaan beliau apabila kawasan perumahan tidak diselenggara dengan baik oleh pihak PBT.

Apa dah jadi sekarang ni? Adakah ini slogan yang dikatakan rakyat dipeduli laungan PR Selangor? 

Kemana kontraktor yang dilantik oleh PBT untuk menjalankan kerja kerja penyelenggaraan hingga sebegini teruk keadaan kawasan yang dimaksudkan.

Apa yang pasti, Azmin Ali hanya wayang lebih. Pada awal dulu cuma nak tunjukkan bahawa beliau prihatin, lepas tu tinggal le semua seperti biasa.

Jadi kepada rakyat Selangor, tengok je lah kehebatan politik Azmin, bila nak dekat dengan pengundian nanti, baru le kelam kabut semua nak dicuci.


Tiada ulasan: