Rabu, 3 Jun 2015

KECOH !! KUMPULAN ANTI HADI TERPAKSA GUNA GAMBAR @NohOmar UNTUK JATUHKAN PRESIDEN

Untuk menjatuhkan Presiden PAS, nampaknya kumpulan yang menentang Haji Hadi terpaksa menggunakan gambar YB Datuk Seri Noh Omar dan juga Perdana Menteri didalam banner yang digantung sempena Muktamar parti tersebut.


Walau bagaimana pun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor itu menafikan bahawa beliau terbabit dalam pembinaan kain rentang tersebut.

Dari apa yang kita lihat, kumpulan anti Hadi sebenarnya hanya mahu mewujudkan rasa marah kononnya PAS dibawah Haji Hadi berkerjasama dengan UMNO.

Taktik sama juga digunakan semasa Mat Sabu mahu menjatuhkan Ustaz Nasharuddin semasa menjadi Timbalan Presiden dulu dan kini ianya digunakan pula untuk menjatuhkan Haji Hadi.

Dalam kemelut politik pada hari ini, Sangkakala merasakan tak salah jika UMNO dan PAS bergabung dibawah satu perjuangan iatu Melayu dan Islam yang mana dalam PAS dan UMNO, ahlinya terdiri dari kalangan orang Islam.

Nampak terdesak puak yang hendak menolak Haji Hadi dan menaikkan calon mereka hingga dua parti bertunjangkan Islam dilag lagakan.


Tiada ulasan: