Selasa, 23 Jun 2015

ISTANA SELANGOR KURANG SENANG DENGAN KONFLIK DALAMAN PR

Masalah dalaman diantara Pakatan Pembangkang nampaknya mengundang rasa kurang senang di hati DYMM Sultan Selangor.


Mengikut satu sumber, Sultan Selangor meminta supaya kemelut dalam diantara DAP, PAS dan PKR diselesaikan dengan kadar segera dan nampaknya DYMM Sultan memberikan kata dua kepada kerajaan Pakatan di Selangor sama ada selesai segera atau bubar DUN.

Ini bukan kali pertama masalah dalaman melanda kerajaan negeri Selangor dan pernah satu masa dulu kemelut perebutan jawatan Menteri Besar menjadi permasalahan hingga pentadbiran negeri Selangor bermasalah dan yang menanggung akibatnya sudah pastilah rakyat.

DYMM Sultan Selangor nampaknya amat risau melihat kemelut yang berlaku dan selaku seorang Raja yang memerintah, sudah pastilah Baginda mahu melihat negeri Selangor terus memacu pembangunan dan ianya tidak terhenti hanya semata mata kerana perbalahan dikalangan mereka sendiri.

Kerajaan Pakatan di Selangor kini bermasaalah apabila DAP juga memberikan kata dua kepada Menteri Besar untuk menggugurkan jawatan 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum hari raya atau DAP akan bertindak keluar parti.

Ini nampaknya akan memberikan impak dimana PAS yang kini mempunyai 15 kerusi dalam Sidang Dewan diperkotak katikkan oleh DAP.

Ini sebenarnya amat memalukan dimana DAP merasakan bahawa dengabln ketiadaan mereka maka PAS dan PKR akan berkubur dan mereka mampu untuk meneruskan kerajaan.

Tapi macam biasa, PAS akan terus merayu agar mereka tidak di keluarkan dan rasanya akan ada pemimpin PAS yang akan melompat parti demi untuk jawatan dan kelebihan mereka dalam kerajaan.


-sumber-



Tiada ulasan: