Sabtu, 30 Mei 2015

PEGAWAI KHAS ADUN BATU CAVES DISERANG SEBAB BERTANYA SOALAN

Sungai Buloh : Seorang Pegawai Khas ADUN (EXCO) Batu Caves dikatakan diserang oleh seorang Penolong Pegawai Khas kepada Penyelaras DUN Kota Damansara, Saudara Razlan Jalaluddin. 

Mengikut laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sg Pelong, Sg Buloh, mangsa mengatakan bahawa beliau bersama beberapa orang rakan termasuk Penyelaras DUN Kota Damansara serta suspek sedang bersembang dan bergurau sebelum lelaki berkenaan (Penolong Pegawai Khas Razlan) menyerang beliau.

Menurut mangsa, ada kemungkinan suspek merasa marah apabila beliau ada bertanyakan dari mana datangnya duit untuk membeli sebuah kereta Volkswagon PASSAT Jika dibandingkan dengan gaji suspek yang dikatakan cuma lebih kurang RM 2 ribu dan jawatan yang disandang sekarang cuma Penolong Pegawai Khas sedangkan kenderaan berkenaan berharga diantara RM 150 ke RM 180 ribu.

Mengikut sumber, mangsa sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan kepada SPRM kerana jawatan serta pendapatan suspek tidak memungkinkan beliau mampu untuk memiliki kenderaan tersebut dan mangsa juga kemungkinan akan meminta SPRM menyiasat perkara ini.




Tiada ulasan: