Rabu, 6 Mei 2015

MAJLIS BELIA MALAYSIA MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA ANAK MANGSA KEMALANGAN MAUT #MBM

Anak kepada mangsa kemalangan maut yang berlaku baru baru ini terus mendapat pembelaam dan siang tadi, Majlis Belia Malaysia melalui Presiden nya telah tampil menghulurkan bantuan kepada anak anak arwah mangsa kemalangan tersebut.




Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal siang tadi telah menziarah anak anak arwah dan seterusnya menyampaikan bantuan berupa wang Tabung Skim Simpanan Pelajaran Malaysia (SSPN) berjumlah RM 1000 dan disampaikan kepada nenek kanak kanak berkenaan.

Saudara Ghadafi yang juga merupakan Pengerusi Biro Keselamatan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengadakan lawatan bersama sama beberapa orang exco Majlis Belia Malaysia ke rumah nenek kanak kanak malang tersebut siang tadi.

Menurut kata Saudara Ghadafi, ini adalah salah satu cara bagaimana untuk kita membantu kanak kanak tersebut demi untuk keselesaan mereka dimasa hadapan dan ini juga adalah salah satu kewajipan bagi sebuah NGO yang mewakili anak anak muda di seluruh negara bagi meringankan beban mereka kelak.

Beliau juga menyeru agar orang ramai untuk terus menyalurkan bantuan kepada kanak kanak berkenaan yang kehilangan ibu serta auah dan adik mereka dalam kemalangan maut yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau juga berkata bahawa kanak kanak ini perlu dibantu demi untuk kepentingan pelajaran mereka dimasa akan datang dan atas kesedaran tersebut, maka Majlis Belia Malaysia telah memberikan bantuan berupa wang Tabung Pendidikan berkenaan.

Sangkakala mengucapkan tahniah diatas keprihatinan Majlis Belia Malaysia terhadap anak mangsa.



Tiada ulasan: