Jumaat, 6 Mac 2015

BUKTI SYARIKAT TIADA PENGALAMAN DIBERI TUGAS DALAM BIDANG KESELAMATAN @NajibRazak @zahid_hamidi

Sehari dua ni Sangkakala mungkin dilihat asyik mengeluarkan artikel berkenaan dengan seorang Setiausaha Bahagian Keselamatan di Kementerian Dalam Negeri iaitu Datuk Awang Din.

Tapi apa yang Sangkakala keluarkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan atau menghentam beliau dalam menjalankan tugas, cuma Sangkakala lihat seperti ada yang tidak kena tentang pemberian projek perintis yang melibatkan keselamatan dan ianya dipetik dari laman facebook 'kami anti rasuah' dimana laman facebook berkenaan Sangkakala lihat memang membenci akan kegiatan rasuah.

Cuma dalam kes Datuk Awang Din, Sangkakala minta jasa baik Menteri Dalam Negeri dan sesiapa yang berkenaan untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.

Semalam Sangkakala masukkan surat kelulusan untuk menjalankan projek berkenaan yang ditandatangani oleh Datuk Awang Din dan jelas dikatakan dalam surat berkenaan bahawa ianya diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri sendiri.


Hari ini pula Sangkakala lihat sudah ada carian rasmi syarikat yang dikatakan memperolehi projek keselamatan MARITIM yang diberikan oleh KDN dan dalam carian rasmi tersebut ada menunjukkan bahawa syarikat ini adalah syarikat DORMAN.

Persoalannya, syarikat DORMAN adalah syarikat yang tidak aktif dan sudah pastilah syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan hal hal keselamatan tetapi masih mampu mendapatkan projek tersebut dengan kontrak selama 5 tahun dan ini bukan satu jangka masa pendek.



Takkan Kementerian tak tau akan hal ni?Dan bagi Sangkakala lihat seperti ada yang tak kena pulak bila sebuah syarikat tidak aktif diberikan projek yang mengutamakan keselamatan.

Bagi Sangkakala, kes ini boleh diibaratkan seperti memberi senjata api pada orang yang tak pernah berlatih untuk menggunakan senjata api berkenaan dan adakah ianya selamat?

Sangkakala harap perkara ini diambil serius dan jangan hanya dipandang remeh kerana ianya melibatkan keselamatan dan bagi Sangkakala, keselamatan bukan satu perkara yang boleh diambil mudah.




2 ulasan:

Unknown berkata...

Kenapa masih ada kelakuan begini yang dilakukan oleh orang politik.

Pemberian kontrek secara petronage beginilah yg akan menghancurkan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik suruh kerajaan jangan bantu mana mana syarikat bumiputera sebab ada sahaja orang akan dengki. Kepincangan syarikat bumi di gembar gemburkan. Kepincangan syarikat bukan bumi, di tutup dan diam aja.