Isnin, 2 Februari 2015

@ismailsabri60 PENJELASAN TENTANG KENYATAAN DI FB SEMALAM


"Ya.. statement itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yg masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun.

Sewaktu kenaikan  harga minyak mereka gunakan alasan... seolah-olah sengaja dilakukan bagi wujudkan kemarahan kepada kerajaan.

Bagi saya pengguna tidak harus mengharapkan kepada kerajaan semata-mata untuk lindungi diri mereka dari kenaikan harga tapi perlu gunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk turunkan harga spt boikot dan sebagainya.

Pengguna majoriti manakala peniaga adalah minoriti.. tentu kuasa majoriti mampu mengatasi suara minoriti.

Tentang Melayu untuk boikot peniaga Cina ini saya respond kepada FB yg mana mereka marah-marah kepada peniaga-peniaga Cina yang degil tidak mahu turunkan harga.

Jadi prinsipnya sama iaitu mereka yang majoriti dan gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam FB semata-mata.

Tindakan mana-mana peniaga yang tidak turunkan harga barangan selepas penurunan harga minyak yang begitu banyak,  adalah seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan.



Tiada ulasan: