Khamis, 5 Februari 2015

@ismailsabri60 BERI PANDANGAN DENGAN MAAF PUN JADI SALAH ???

Malam ni seorang rakan telah menghantar satu poster pada Sangkakala melalui whatsapp yang mana ianya merujuk kepada kenyataan YB Dato' Sri Ismail Sabri.


Rakan Sangkakala ni mempersoalkan bagaimana sebuah pandangan yang dimulai dengan permohonan maaf boleh disalah ertikan oleh sesetengah pihak?

Setelah Sangkakala perhatikan, ada benarnya juga sebab diawal kenyayaan YB Dato' Sri Ismail Sabri, beliau mengatakan "maaf saya beri pandangan", dan ini jelas menunjukkan bahawa beliau tidak bersifat perkauman.

Tapi nampaknya puak puak cicak mengkarung (seperti kata Armand Azha), suka memutarbelitkan apa yanh diperkatakan oleh pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO dan adalah lebih menyedihkan lagi, fakan yang kita rasa dan kita anggap pandai berbahasa Melayu juga rupanya kurang bijak dalam penggunaan atau penguasaan bahasa Melayu.

Jadi disini benarlah sepetimana yanh diperkatakan oleh beberapa orang pemimpin UMNO bahawa kenyataan YB Dato' Sri Ismail Sabri tidak mengandungi unsur unsur perkauman sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pemimpin komponen yang tidak faham bahasa Melayu.

Dan satu perkara lagi, rasanya dengan penuh adap YB Dato' Sri Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan dengan memohon maaf terlebih dahulu sebelum memberikan pendapat beliau dan ianya hanya sekadar pendapat, bukan tuduhan terhadap mana mana pihak seperti yang diperkatakan.


Tiada ulasan: