Isnin, 2 Februari 2015

#bangang JELAS NGEH KOO HAM TAK RETI BAHASA MELAYU !! TAK FAHAM KENYATAAN MENTERI @ismailsabri60

Merujuk kepada kenyataan Menteri Pertanian yang meminta supaya orang Melayu memboikot peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barangan setelah harga minyak kenderaan turun sejak bulan Januari dulu, Ngeh Koo Ham nampaknya tak faham bahasa Melayu tapi berlagak seolah olah mengerti tentang semua hal.


Ngeh Koo Ham kononnya memberikan masa 48 jam untuk YB Dato' Sri Ismail Sabri memohon maaf kepada beliau kerana menuduh bahawa beliau mempunyai kaitan dengan perniagaan Old Town White Coffee.

Kalau mengikut daripada apa yang dinyatakan oleh Dato Sri Ismail, beliau tidak mengatakan secara spesifik ianya dimiliki oleh Ngeh Koo Ham.


Dalam kenyataan Dato Sri Ismail Sabri seperti diatas jelas beliau tidak menuduh bahawa ianya dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, ayat yang dikeluarkan oleh beliau ialah " lebih2 lagi ownernya DIKATAKAN ngeh FAMILY DAP Perak yang terkenal anti islam".

Jelas disini dari apa yang Sangkakala tahu bahawa Dato' Sri Ismail mempunyai rujukan lampau seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini dalam laman blog, facebook atau twitter sebab itu beliau mengatakan bahawa DIKATAKAN.

Takkan itu pun Ngeh tak faham? Atau sengaja tak faham atau buat buat tak faham dengan niat mahu menjatuhkan kredibiliti seorang Menteri yang dilihat berani mengeluarkan kenyataan untuk kesedaran rakyat?

Kenyataan Dato' Sri Ismail Sabri pernah dikeluarka melalui akaun Facebook Boikot Barangan Cina DAP Ori yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Old Town adalah dimiliki oleh Pengerusi DAP Perak.

Jadi disini Sangkakala melihat Ngeh Koo Ham tidak boleh mengatakan bahawa ianya adalah kenyataan tunggal dari Dato' Sri Ismail Sabri.

Pendirian YB Dato' Sri Ismail Sabri untuk tidak meminta maaf adalah tepat kerana tidak ada kesalahan pun yang Sangkakala nampak, kalau tak betul kenyataan tu, nafikan sudah memadai dan tak perlu nak saman dan sebagainya sebab seperti Sangkakala katakan tadi bahawa Dato' Sri Ismail Sabri kemungkinan besar dan Sangkakala percaya diambil daripada kenyataan dari pihak terdahulu.

Atau mungkin juga Ngeh Koo Ham sengaja membesarkan isu tersebut unyuk menutup cerita bagaimana kejadian banjir besar berlaku di Kelantan baru baru ini yang dikatakan berpunca dari kegiatan pembalakan yang membabitkan Ngeh Koo Ham serta Nga Kok Meng.

Kalau itu niat sebenar, memang Ngeh kali ni silap sebab penderitaan rakyat Kelantan tidak akan boleh ditutup dengan hanya mengambil tindakan undang undang terhadap Ismail Sabri.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SOLIDARITI untuk Datuk Seri Ismail Sabri.
arjuna waspada
changkat lobak.