Isnin, 26 Januari 2015

SSKD DAN UMNO SUBANG TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR

Skuad Sukarelawan Kota Damansara serta UMNO bahagian Subang sejak semalam turun membantu mangsa banjir di Kampung La, Besut Terengganu sejak semalam.

Misi bantuan pasca banjir yang turut disertai oleh Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato Zein Isma dan Naib Ketua UMNO Bahagian Subang, Saudara Zulkifly Mat Taft.

Masjid Kampung La menjadi tempat pertama yang dibersihkan oleh SSKD serta UMNO Bahagian Subang yang berkekuatan seramai 35 orang peserta.

Selain dari membersihkan bangunan, bantuan makanan dan bahan keperluan seperti air mineral, lampin pakai buang serta pakaian sekolah turut dihantar sama kepada mangsa banjir.

Ketua Bahagian Besut yang merupakan exco kerajaan negeri Terengganu telah menyambut ketibaan rombongan dari Subang yang merupakan bahagian angkat kepada bahagian Besut.











Tiada ulasan: