Jumaat, 9 Januari 2015

PASAR TANI KHAS PASCA BANJIR DIBUKA #DSIS @NajibRazak

Mangsa banjir terus menerus mendapat bantuan dari kerajaan, bukan sahaja rakyat biasa, para peniaga juga tidak terlepas pandang oleh kerajaan dalam memberikan bantuan.

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini, peniaga hasil tani yang terbabit dengan banjir baru-baru ini boleh memohon pinjaman khas sehingga RM10,000 untuk membina semula perniagaan mereka yg telah terjejas akibat banjir.


Pinjaman itu pula diberikan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) dan semua permohonan akan diproses secara 'laluan khas' untuk mempercepatkan kelulusan.

Walaupun sebahagian pasar tani dibuka semula, tetapi masih ada peniaga menghadapi kesukaran untuk memulakan perniagaan kerana peralatan dan barang niaga musnah dalam banjir yang melanda beberapa kawasan di tanah air dan yang paling teruk terjejas ialah di Kelantan dan Pahang.

Selain itu FAMA juga memberikan bantuan sebanyak RM1,000 dalam bentuk pakaian, khemah dan meja perniagaan kepada peniaga pasar tani untuk meringankan beban mereka.

Hingga kini, sebanyak 38 pasar tani tidak beroperasi akibat banjir, namun jumlah kerugiannya masih tidak diketahui kerana terdapat kawasan yang masih belum pulih.

Mengenai pasar khas pasca banjir itu, ia adalah inisiatif Kementerian untuk membantu rakyat di kawasan terbabit banjir mendapatkan barangan makanan pada harga 20 hingga 60 peratus lebih murah berbanding biasa.

Ini kerana barangan itu dijual secara terus oleh agensi di bawah kementerian, sebagai contoh jualan sayur dikendalikan FAMA, ikan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)), ayam dan telur oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Belian barangan juga dihadkan iaitu tiga kilogram untuk ikan dan sayur, selain satu sarang telur untuk seorang pembeli bagi mengelakkan barangan itu dibeli pemborong.

Pasar tani khas pasca banjir akan dibuka di 51 kawasan di 20 daerah di negeri terjejas banjir seperti Kelantan, Terengganu, serta Pahang, dan akan beroperasi hingga harga barang di kawasan terjejas banjir kembali stabil.

Untuk permulaan, pasar tani khas itu akan beroperasi sehari seminggu, namun akan dibuka lebih kerap jika mendapat sambutan.

Ini juga adalah contoh dimana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat yang dilanda musibah banjir untuk mendapatkan bekalan makanan.


Tiada ulasan: