Rabu, 24 Disember 2014

TAHNIAH KEPADA PEGAWAI PUNB YANG PEKA DENGAN MASALAH

Nampaknya selepas sehari Sangkakala buat artikel tentang PUNB, ada jawapan daripada pagawai PUNB sendiri melalui panggilan telefon dan jawapan yang diterima amat baik serta memberangsangkan.

Panggilan telefon dibuat setelah pegawai berkenaan membalas dalam laman komen blog Sangkakala berserta dengan nombor telefon beliau.


Ini adalah contoh yang baik sebab Sangkakala bukan menghentam tanpa usul periksa malah teguran yang Sangkakala buat berpandukan daripada apa yang Sangkakala serta rakan rakan lain alami sendiri.

Jika semua kakitangan PUNB bersikap mengambil tanggungjawab dalam melaksanakan tugas, maka perkara perkara sebegini insyaallah tidak akan berlaku dan banyak permasaalahan akan dapat diselesaikan dengan cara baik serta penuh harmoni.

Cuma satu Sangkakala nak pesan, entiti asing yang menjadi tangan hitam dalam PUNB juga perlu bersiap sedia kerana pendedahan akan Sangkakala buat dan jangan sampai entiti ini nanti akan menjadi rosak sepenuhnya atau dalam kata lainnya totally damage sebab bagi Sangkakala apa yang berlaku dan apa yang dilakukan oleh entiti asing ini tidak seharusnya berlaku.

Sebab sekarang ni kalau tak dapat recommendation daripada entiti ini maka pinjaman daripada PUNB takkan mendapat kelulusan kononnya, dan perkara ini seharusnya tidak sesekali berlaku kerana akan merosakkan imej PUNB itu sendiri.

Jadi disini Sangkakala sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pegawai PUNB yang peka dalam permasaalahan dalam PUNB dan diharap agar perkara sebegini tidak lagi akan berulang.


Tiada ulasan: