Selasa, 23 Disember 2014

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD TUTUP ??? @NajibRazak @Ali_Rustam


Sangkakala ada menerima rungutan dari beberapa orang rakan Sangkakala yang mengadu mengatakan bahawa Permodalan Usahawan Nasional Berhad atau PUNB amat sukar dihubungi melalui telefon.

Pada mulanya Sangkakala juga tidak berapa yakin dengan aduan berkenaan tapi apabila Sangkakala sendiri menghubungi nombor telefon hotline 1300 milik PUNB ternyata semua yang dilaporkan benar.

Sangkakala bukan membuat sekali panggilan telefon tapi 3 kali namun tiada jawapan atau panggilan di sambut oleh operator atau kakitangan PUNB.




Persoalannya sekarang, kenapa susah sangat nak berhubung dengan sebuah Perbadanan dan adakah Perbadanan ini tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menjawab panggilan telefon?

Bukan sahaja nombor telefon hotline yang susah untuk dijawab, telefon talian terus ke meja pegawai juga tidak berjawab walaupun berkali kali panggilan di buat.

Kerana sikap kakitangan yang sebegini, sebuah agensi akan dipandang rendah kerana tidak mengamalkan etika mesra pelanggan sepertimana yang dikehendaki oleh kerajaan dan adalah lebih malang apabila kerana kakitangan seperti ini maka yang menerima musibahnya nanti adalah kerajaan itu sendiri walaupun niat penubuhan Perbadanan ini adalah untuk membantu rakyat, tapi kalau dah panggilan telefon pun susah nak dijawab, maka tiada lagi bantuan kepada rakyat dapat diberikan.

Oleh itu Sangkakala rasa adalah lebih baik jika PUNB ditutup sahaja kerana tiada apa yang mampu dibuat oleh Perbadanan ini kerana tiadanya sikap bertanggungjawab serta amanah dari kakitangan PUNB sendiri.

Kerajaan memperuntukkan bajet bernilai jutaan ringgit serta kakitangan diberikan dengan gaji yang agak lumayan untuk menjadi jentera dalan membantu kerajaan dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Itu belum lagi Sangkakala buka adanya tangan hitam yang menentukan siapa yang layak dan siapa yang tak layak untuk membuat pinjaman dari PUNB, dan dengar cerita entiti ini juga mengambil komisen daripada setiap pinjaman yang diperolehi oleh para peminjam.

Nanti Sangkakala korek dan dapatkan bukti dulu sebab tuduhan melulu adalah tidak baik, tapi kena ingat, sekali Sangkakala mampu untuk buktikan, maka entiti ini akan menjadi lembaga hitam yang tidak lagi berguna dimata masyarakat atau rakyat Malaysia walaupun mereka mengatakan bahawa mereka memperjuangkan nasib para peniaga.

Berbalik kepada panggilan telefon tadi, Sangkakala amat berharap agar Tan Sri Ali Rustam selaku Pengerusi berbuat sesuatu bagi mencegah sebelum ianya lebih parah dan tidak mengumpul nanah yang akan menjadi barah.

Cadangan Sangkakala, wujudkan operator komputer untuk mengesan panggilan telefon yang dijawab serta tidak dijawab oleh kakitangan dan ianya menjadi penunjuk prestasi kakitangan.



4 ulasan:

Unknown berkata...

Assalaam.

Terima kasih diatas ulasan saudara mengenai isu kesukaran utk menghubungi PUNB menggunakan talian hotline kami 1300 13 7862.

Saya bagi pihak PUNB memohon maaf atas kesukaran tersebut kerana hanya terdapat seorang pegawai sahaja yang mengendali talian tersebut pada hari ini. Kebetulan terdapat byk panggilan dan terdapat juga ramai pelanggan di kaunter tersebut yang memerlukan khidmat pegawai tersebut.

Sila hubungi saya di talian 03 2101550 jika saudara memerlukan sebarang bantuan.

sangkakala berkata...

Untuk makluman..nak bagi nombor tu biar ikhlas..mana ada nombor KL atau Selangor 7 digit..

Unknown berkata...

Oops sorry.

Nombornya 03 2785 1550 atau 0192101550.

pls call me.

Masturadiana Ibrahim berkata...

adakah senang untuk membuat pinjaman dengan punb..??