Isnin, 24 November 2014

YB BUDIMAN MAKAN POP CORN DALAM DEWAN

Ni apa hal pulak YB Budiman sampai makan 'popcorn' dalam Dewan Undangan Negeri sambil melihat gelagat PR dalam pemilihan Timbalan Speaker DUN pagi tadi?


Hahaha...patut le makan 'popcorn' YB YB kita dalam Dewan, rupanya masing masing melihat gelagat perang dingin diantara PAS dan DAP dalam undian pemilihan kerusi Timbalan Speaker.

PAS telah meletakkan ADUN Bangi sebagai calon dan dikatakan telah dipersetujui oleh pemimpin PR namun seperti biasa mengikut apa yang dikata oleh YB Budiman, DAP sengaja meletakkan pula Ng Swee Lim (Sekinchan) sebagai calon untuk mengganggu.

Tapi jelas kelihatan bahawa ADUN DAP tetap memberikan undi kepada Swee Lim dengan 14 undi berbanding Shafie yang mendapat 28 undi.

Persoalannya disini, adakah PAS masih lagi tidak sedar bahawa mereka kini seperti dimusuhi oleh DAP? Apakah PAS telah menjadi buta apabila mereka sepatutnya mendapat undi sebanyak 43 undi dari pakatan setelah ditolak undi dari ADUN BN dan Bebas.

Mungkin PAS boleh diiktiraf sebagai parti yang tidak mempunyai perasaan malu dalam perkara perkara seperti ini.


Tiada ulasan: