Jumaat, 14 November 2014

LAWAK MENTERI BESAR PALING #bangang

Bila heboh disebut tentang peningkatan kes denggi di Selangor, maka bermulalah kempen yang dilakukan oleh kerajaan negeri kononnya untuk membanteras nyamuk aedes yang membawa penyakit tersebut.

Tapi yang paling lawak sekali bila Menteri Besar Selangor bersama exco kesihatan telah menyembur racun nyamuk dalam bas sekolah kononnya untuk menjadikan bas sekolah adalah kawasan sifar aedes.


Apa le nasib rakyat Selangor dapat Menteri Besar dengan exco yang macam ni, nak kata bangang jawatan tinggi sebagai pemimpin negeri, tak kata bangang, nampak sangat kebodohannya pulak.

Yang sepatutnya dilakukan ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes, bukannya beli spray racun lepas tu sembur dalam bas.

Berapa banyak kawasan yang diselenggara oleh kerajaan negeri tetapi tidak terurus apabila pemantauan tidak dilakukan oleh kerajaan negeri hingga banyak tempat tempat pembiakan nyamuk aedes terdapat di Selangor yang menyumbang kepada penyakit demam denggi di negeri ini.

Agak agak Sangkakala juga, kerajaan negeri selama ni hanya menggunakan spray racun nyamuk yang dibeli di pasaraya untuk membanteras kes pembiakan nyamuk aedes di Selangor hingga membuatkan kea demam denggi meningkat hampir 100 peratus di negeri tersebut.

Sepatutnya pihak PBT mengambil langkah lebih drastik bagi mengurangkan kawasan pembiakan nyamuk aedes dalam usaha memerangi kes demam denggi yang makin meningkat.


Tiada ulasan: