Jumaat, 28 November 2014

#haramjadah MAHASISWA DALAM NEGARA DIANAK TIRIKAN

Bangga bila melihat UMNO mahu mendampingi mahasiswa dalam satu perjumpaan diantara Perdana Menteri dengan Kelab UMNO Luar Negara semalam.

Tapi apa yang mengecewakan ialah apabila mahasiswa tempatan terbiar seolah olah dianak tirikan oleh UMNO sedangkan yang merancang untuk pertemuan diantara mereka ini hanyalah beberapa orang dan Sangkakala yakin ianya diatur oleh biro pendidikan.



Ini ke yang di namakan nak meremajakan UMNO? Kalau kesempatan untuk berjumpa dengan pemimpin parti pun dah macam ada double standard?

Untuk yang mengatur pertemuan, Sangkakala tak mengatakan bahawa pertemuan diantara Kelab UMNO Luar Negara dengan Perdana Menteri tak bagus, tapi biarlah dibuat secara menyeluruh agar ianya lebih berkesan.

Rasanya Perdana Menteri akan ada menyebut hala tuju UMNO serta harapan beliau kepada para mahasiswa ni, kenapa tidak diberika  peluang kepada semua tak kira lah dalam negara atau luar negara untuk sama sama mendengar apa harapan dan permintaan kepada mereka.

Kalau ini rupa yang korang buat, mahu ke nanti mahasiswa dalam negara datang untuk mendampingi UMNO atau mereka ini akan terus menjauhkan diri apabila merasa tersisih?

Kadang kadang Sangkakala tengok dikalangan orang sekeliling Presiden Parti tak peka dengan keadaan dan selalu buat perkara yang lebih kepada syok sendiri sedangkan dalam ucapan Perdana Menteri sendiri dalam konvensyen UMNO Selangor mwngatakan kita jangan buat program syok sendiri.

Kalau lah ini gayanya, jangan le harap ada anak muda dari golongan bijak pandai yang akan mendampingi UMNO, tambah jauhkan diri ada lah.

Kepada mahasiswa, kalian jangan berkecil hati sebab kalian masih lagi menjadi harapan kami sebagai ahli UMNO untuk menjadi pelapis kepimpinan dimasa akan datang, persetankan dengan perlakuan manusia manusia yang tak sedar diri ni, teruskan usaha dan Sangkakala yakin Presiden serta ahli UMNO masih bersama kalian.



Tiada ulasan: