Jumaat, 7 November 2014

BEKAS SETIUASAHA GPMS MEROYAN PASAL SELANGOR

Masih panas lagi rupanya cerita pasal teguran Perdana Menteri kepada UMNO Selangor dalam konvension baru baru ni walaupun hakikatnya Perdana Menteri menujukan teguran tersebut kepada semua UMNO Bahagian di seluruh Malaysia.

Yang peliknya bila ada dikalangan orang luar yang tak tau apa apa cuba nak tunjuk hero bahawa mereka seolah olah tahu dengan semua pergerakan dan jalan kerja di UMNO Selangor.

Lebih menggelikan hati apabila bekas Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Melaka yang dibuang dari jawatan turut sama memberikan komen kononnya Bahagian Bahagian di Selangor perlu dibubarkan dan diganti dengan yang baru.



Agaknya Zi La ni rasa parti politik ni macam pertubuhan belia agaknya boleh suka suka bubar suka suka lantik macam dia menyertai GPMS.

Kalau nak diikutkan kegagalan nampaknya Zi La lebih gagal apabila dipecat dari memegang jawatan Setiausaha GPMS negeri Melaka.

Sangkakala ada bertanya dengan rakan rakan di Melaka dan mereka telah memberikan makumat bahawa Zi La ni memang kerjanya menghentam tak kira siapa pun dan pernah satu masa dulu menghentam kepimpinan YAB Ketua Menteri Melaka dan kepas tu senyap sunyi macam takde apa perkara berlaku.

Adakah Zi La dah dapat apa yang dia hajatkan di negeri Melaka dan kini cuba melebarkan sayap hingga ke Selangor? 

Sabar dulu ye kak, jangan main terjah je nanti tersandung kaki jatuh tertiarap.

Yang lain lain nanti Sangkakala dedahkan satu persatu ye..sedang mengumpul bukti dan gambar sedang dianalisa dulu.


Tiada ulasan: