Khamis, 27 November 2014

#bangang TAK PASAL PASAL NAJIB RAZAK KENA MAKI

Perhimpunan Agung UMNO hari ini telah memperlihatkan Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO mengambil pendekatan untuk mengekalkan akta hasutan yang dicadang untuk dimansuhkan atas desakan pembangkang.

Hari ini juga di lobi parlimen, Anwar Ibrahim menyatakan kekesalan kononnya Najib Razak tidak menepati janji beliau untuk memansuhkan akta tersebut malah ianya ditambah baik bagi menjamin keselesaan Agama Islam dan agama lain, institusi Raja Raja Melayu dan keselamatan Sabah dan Sarawak.


Kalau Anwar kata Najib perlu beri penjelasan kepada rakyat dengan alasan yang konkrit sekali pun, majoriti rakyat Malaysia mahukan akta berkenaan dikekalkan dan untuk makluman si Gay tua ni, rakyat lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju negara berbanding pembangkang yang hanya mahukan keselesaan mereka berpolitik walaupun dengan cara yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara.

Tujuan pembangkang mendesak supaya akta tersebut dimansuhkan adalah untuk kemudahan mereka menghasut rakyat dan seterusnya boleh mencetuskan keadaan huru hara serta pertelagahan dikalangan rakyat Malaysia.

Sangkakala ucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang Sangkakala lihat amat konsisten mempertahankan akta hasutan ini daripada di mansuhkan.

Dan Sangkakala juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang nampaknya mendengar akan keluh kesah rakyat Malaysia yang majoritinya mahukan keselamatan negara terjamin dibawah kerajaa Barisan Nasional.

Tapi sudah pasti pengikut pengikut Pembangkang akan memaki hamun Perdana Menteri yang dikatakan memungkiri janjinya untuk memansuhkan akta hasutan dan Sangkakala tegaskan sekali lagi disini, Perdana Menteri ditempatkan oleh RAKYAT dan jika Perdana Menteri berjanji, itu merupakan janji peribadi tetapi jika melibatkan negara, janji Perdana Menteri adalah janji rakyat Malaysia dan dari apa yang Sangkakala lihat, rakyat Malaysia tidak pernah berjanji untuk menghapuskan akta hasutan.



1 ulasan:

NewsMalaysia.info berkata...

Saya bersetuju dgn rangkap akhir sangkakala