Sabtu, 8 November 2014

ATAS ARAHAN SIAPA ALI TINJU SERANG UMNO SELANGOR

Semenjak dua menjak ni Sangkakala perhatikan Ali Tinju yang merupakan presiden persatuan veteran tentera Melayu 1Malaysia menyerang UMNO Selangor terutama Datuk Seri Noh Omar.

Dan perkara ini bertambah panas apabila Datuk Seri Noh Omar menjawab pertuduhan yang dilemparkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad apabila mantan Perdana Menteri itu mengatakan bahawa UMNO terlibat dengan rasuah dan sebagainya.


Rasanya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri sudah semestinya Datuk Seri Noh Omar akan menjawab tohmahan yang dilemparkan kepada UMNO negeri dimana ianya melibatkan semua pemimpin peringkat bahagian yang bernaung di bawah beliau dan sebagai ketua, tidak salah dan memang sepatutnya Noh Omar menjawab tudihan tersebut.

Persoalannya sekarang, kenapa Ali Tinju menyerang dengan mengatakan bahawa Noh Omar biadap dan emosi apabila menjawab kenyataan Tun Mahathir tetapi apabila Setiausaha Badan Perhubungan Negeri, yang juga merupakan ADUN Semenyih mengeluarkan kenyataan mempertahankan UMNO Selangor lebih kurang sama dengan apa yang dilakukan oleh Noh Omar, maka pujian melambung pulak diberikan kepada YB Datuk Johan, macam ada yang tak kena je ni.


Apakah Datuk Johan yang mengarahkan Ali Tinju untuk menyerang Noh Omar dan UMNO Selangor sebab Sangkakala nampak pada awalnya apabila ada suara mengayakan bahawa bajet konvension UMNO Selangor mencecah hingga RM 600 Ribu, Ali Tinju antara orang terawal yang mengatakan bahawa Datuk Johan tidak terlibat sedangkan angka dan cerita tersebut adalah fitnah dari orang yang sengaja mencari publisiti. (Nanti Sangkakala tulis bagi popular).

Kemudian Sangkakala lihat Ali Tinju mempersoalkan pula bajet dan siapa ahli jawatankuasa pelaksanaan konvension UMNO Selangor kepada Dato Zein Isma, yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Selangor.


Disini juga Sangkakala ada rasa pelik sikit, sebab setahu Sangkakala apabila dikhabarkan oleh beberapa orang rakan, PVTM juga ada mendapat bantuan daripada kerajaan tetapi tidak seorang pun yang mempertikai kemana duit tersebut dibelanjakan.

Takpelah, Sangkakala biarkan semua tu untuk difikirkan bersama, cuma kepada YB Datuk Johan, Sangkakala percaya bahawa Datuk tidak mengarahkan Ali Tinju untuk menyerang Noh Omar dan UMNO Selangor, cuma Datuk perlu berhati hati dengan orang yang macam ni sebab ianya akan mengeruhkan hubungan diantara Datuk dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor serta kepimpinan yang lain.


Tiada ulasan: