Rabu, 8 Oktober 2014

PESERTA DEMO TAKUT JADI KURUS

Pagi tadi dengar cerita ada himpunan yang dilakukan oleh para penyokong PR di jalan masuk Parlimen.

Antara punca mereka ini berkumpul adalaj disebabkan oleh peningkatan harga minyak petrol dan diesel apabila kerajaan mengambil keputusan menarik balik subsidi sebanyak RM0.20 sejak beberapa hari lepas.

Ada di kalangan peserta demo membawa kertas bertulis " Nak bagi rakyat makan pasir ke" seperti di bawah.


Dari apa yang Sangkakala tengok, kakak kita ni badannya boleh tahan juga, agak chubby juga orangnya.

Agaknya oleh kerana risau badannya akan turun maka beliau membuat pertanyaan sebegitu.

Bersyukur le kak sebab badan dah montel macam tu sebab berada di Malaysia,  kalau di Afrika rasanya nak berjalan pun akak tak tentu mampu sampai baju saiz double S pun dah nampak macam saiz L.

Kat tangan tu pun Sangkakala tengok ada smartphone, mampu akak kita ni membeli telefon canggih macam tu dan patutnya bersyukurlah sebab di negara ni rakyatnya sekarang dah ramai menggunakan smartphone macam tu dan ini membuktikan bahawa penduduk negara ini mempunyai kemampuan.


Tiada ulasan: